oleh Syukree Hussain
Putrajaya, 5 Disember - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu pada 17 Januari depan sabtu dan tarikh penamaan calon adalah pada 6 Januari Selasa.
Tempoh berkempen diberi selama 11 hari Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) setelah SPR bermesyuarat hampir 2 jam.
Mesyuarat berkenaan memfokuskan mengenai PRK bagi Parlimen Kuala Terengganu untuk menggantikan penyandangnya Datuk Razali Ismail berikutan kematiannya.
Selain itu mesyuarat juga membincangkan mengenai penyusunan dan pengendalian pilihan raya tersebut dengan perlantikan pegawai dan pengurus pilihan raya.
Pada pilihan raya lalu, Naib Presiden Pas Mohamad Sabu gagal merampas kerusi tersebut daripada Umno seperti pada tahun 1999.
Pas berkemungkinan menamakan Mohamad sekali lagi atau Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Wan Mutalib Embong.
Sementara itu Umno pula dikhabar akan menonjolkan Senator Wan Farid Wan Ahmad untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi Umno dalam pertandingan 3 penjuru semasa PRU 12 lalu. - Malaysia Today
Ketua Pemuda UMNO Pahang Pertahan Kerajaan Negeri, Kritik Tuduhan Keras
Tidak Berasas Pihak Pembangkang Pesongkan Kenyataan Sebenar
-
*KUALA LUMPUR*: Ketua Pemuda UMNO Pahang, Kamil Ibrahim hari ini
mempertahankan prestasi Kerajaan Negeri Pahang sambil mengkritikan keras
terhadap pihak...
3 jam yang lalu