Kota Kinabalu, 22 November - Ketua Pakatan Rakyat (PR) Dato' Seri Anwar Ibrahim yakin dapat menyatukan semua parti utama dalam barisan alternatif di Sabah dan Sarawak untuk meletakkan seorang calon sahaja setiap kawasan pada pilihan raya umum akan datang terutama Pilihan Raya Negeri Sarawak.
Menurut beliau, formula seumpama itu, yang diilhamkan oleh PKR, DAP dan Pas di Semenanjung, ternyata membawa kejayaan yang besar kepada PR dalam pilihan raya umum lalu.
"Di Sabah dan Sarawak, memang ada calon (daripada PR) yang bersaing sesama sendiri yang mengakibatkan perpecahan undi untuk PR.
"Inilah yang kita mahu elakkan," katanya selepas merasmikan pusat khidmat masyarakat untuk kawasan Kota Kinabalu di Jalan Damai, Luyang semalam.
Menjawab soalan, Penasihat PKRitu berkata usaha mempelawa Parti Maju Sabah (SAPP), untuk menyertai PR sedang dibuat dan mengesahkan yang beliau sudah menemui presiden SAPP, Dato' Yong Teck Lee hari ini.
"Apa yang penting, kita mahu wujudkan pakatan alternatif yang kuat di Sabah dan Sarawak seperti yang diperlihatkan oleh PR di semenanjung pada pilihan raya Mac lepas," katanya.
Mengenai persediaan menghadapi pilihan raya kecil parlimen Pensiangan, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata sekiranya pilihan raya kecil itu diadakan, PKR akan tetap meletakkan calon untuk bertanding bagi kerusi itu. - Harakahdaily, Bernama
PKR Maran Sasar Rampas DUN Luit Dan DUN Kuala Sentul Pada PRU16, Kecewa Ada
Pemimpin Cabang Itu Hadir Ke Program BERSAMA Di Petaling Jaya
-
*MARAN*: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Maran sasar untuk merampas
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Luit dan Kuala Sentul serta
mempertahankan soko...
10 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan