Parlimen, 18 November - Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan retreat - yang pertama sejak pilihan raya umum ke-12 pada Mac lalu, di ibu negara hari ini.
Pertemuan informal itu yang disertai ahli-ahli Parlimen PR, antara lain bertujuan membincangkan usaha merapatkan ikatan wakil-wakil rakyat PR.
Menurut sumber, difahamkan pertemuan ini bertujuan menyusun strategi PR untuk menghadapi beberapa isu semasa termasuk isu sasaran 16 September.
Ia merupakan siri pertemuan dua kali. Pertemuan kedua dijadual diadakan minggu depan.
"Pertemuan hari ini adalah 'retreat' yang pertama sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua Pembangkang.
"Mahu adakan 'group binding', bertujuan merapatkan kerjasama di kalangan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat," kata Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution.
Saifuddin yang juga anggota Sekretariat PR berkata, majoriti ahli Parlimen PR akan menghadiri pertemuan hari ini.
"Kira-kira 10 ahli Parlimen tidak dapat hadir hari ini, ada yang kini berada di luar negara seperti di Kuwait, Paris dan sebagainya," jelasnya. - mstar
PAS Sedia Membuka Ruang Rundingan, Duduk Semeja Dengan UMNO Di Pahang Pada
PRU16 Akan Datang Demi Penyatuan Ummah
-
*TEMERLOH*: PAS membuka ruang rundingan dengan UMNO bagi membentuk
kerjasama politik di Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,
termasuk mem...
18 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan