PETALING JAYA, 16 November - Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin belum memikirkan soal sama ada hendak menyaman kerajaan kerana menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama hampir 2 bulan sejak 12 September lalu.
Ketika dihubungi oleh mstar, Raja Petra berkata, beliau belum lagi membuat sebarang keputusan mengenainya kerana masih mempunyai masa, malah sudah ada rayuan di pihak kerajaan.
"Belum lagi, lagi pun kerajaan kata hendak membuat rayuan.
"Kita tunggu dulu, tengok siapa yang menang (dalam rayuan).
"Selepas menang dan kalah nanti, kita akan memutuskan (tindakan saman)," kata beliau yang pernah ditahan ISA semasa peristiwa Black 14.
Malah, menurut beliau, lagi pun tindakan menyaman menuntut ganti rugi boleh dibuat dalam tempoh enam atau tujuh tahun.
"Jadi ada masa lagi," kata beliau.
Wan Rosdy: Isu Kelewatan Agihan Makanan Di PPS Sangat Subjektif, Tidak
Menggambarkan Keadaan Sebenar Di Lapangan
-
*KUANTAN:* Dakwaan berhubung kelewatan agihan makanan kepada mangsa banjir
di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang tular di media sosial tidak
menggamba...
4 hari yang lalu