Ahad, 30 November 2008

Penasihat PKR kecam 'hero' politik perkauman

oleh Syukree Hussain

Shah Alam, 29 November - Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam pimpinan Umno yang terus memainkan api perkauman seolah-olah mereka jaguh Melayu sebenar.

Ketua Pakatan Rakyat(PR) itu berkata demikian dalam ucapan sempena Kongres Nasional PKR ke lima di sini, hari ini.

Menurut beliau, semua pemimpin pelbagai kaum dalam PKR tidak pernah mempertikai apa yang termaktub dan digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Bagaimanapun sudah ada jaguh-jaguh baru Melayu yang cuba meniup sentimen perkauman dengan mengaitkan DAP sebagai anti Melayu ketika mereka berucap di Parlimen," ujar Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Jelasnya, Melayu, Cina, India dan bumiputera Sabah dan Sarawak tidak perlu apolegetik untuk bermaafan dengan mengatakakan kami (anggota PR) tidak lupa dasar yang termaktub dalam perlembagaan di negara kita.

"Itu dasar kita dan Kita harus jawab serangan mereka," katanya.

Sementara itu, dalam sidang media selepas ucapan dasar, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, menjelaskan bahawa, polisi PR jika menguasai Putrajaya ialah mengembalikan kuasa penentu Majlis Raja-raja bukan kuasa 'kebal' kepada golongan bangsawan tersebut.

"Kita tidak sesekali berkomprami atau toleransi dalam soal jenayah walaupun ia melibatkan golongan diRaja," tambah beliau.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali, Ketua Penerangan Tian Chua dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. - Malaysia Today

PR Kecil K T'ganu: Pas beri laluan kepada PKR?

oleh Syukree Hussain

Shah Alam, 29 November - Kematian mengejut Timbalan Menteri Pelajaran, Razali semalam, menyebabkan akan berlaku pilihanraya (PR) Kecil di Parlimen Kuala Terengganu dalam masa dua bulan daripada sekarang.

Pada PR Umum lalu, kerusi tersebut ditanding oleh Naib Presiden Pas Mohamad Sabu tiga penjuru dengan Umno dan bebas.

Beberapa pewakilan dan pemerhati untuk Kongres Nasional PKR 2008, menyuarakan hasrat supaya kerusi tersebut diberi kepada PKR.

Mereka berpendapat, calon tempatan perlu dipertengahkan kerana sentimen di Terengganu memerlukan suasana tersebut.

Antara calon yang mungkin akan ditonjolkan ialah bekas Ahli Parlimen Kemaman Datuk Abdul Rahman Yusof dan bekas calon Parlimen Kemaman pada PRU 12 lalu, Faris Musa.

Faris Musa dilihat sebagai calon yang sesuai kerana beliau merupakan anak tempatan Kuala Terengganu.

Sementara itu, Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, berpendapat anak tempatan yang berwibawa perlu dibawa ke Kuala Terengganu sebagai calon PR.

"Tidak kira parti mana yang bertanding, Pas atau PKR, yang penting calon itu ialah orang tempatan dan berwibawa," katanya ketika ditemui selepas Jamuan Makan Tengahari Kongres Nasional PKR kelima di sini, hari ini.

Menurut beliau, Abdul Rahman merupakan calon yang sesuai jika Pas memberi laluan kepada PKR untuk bertanding di situ.

"Datuk (Abdul) Rahman merupakan orang yang layak mewakili PKR kerana beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam politik.

"Jika PR mengambil alih kerajaan persekutuan, beliau boleh dilantik sebagai salah seorang menteri," ujar Ahli Parlimen Bayan Baru.

Dalam pada itu, jika kerusi tersebut kekal ditanding oleh Pas, calon yang paling sesuai ialah Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad.

Bagaimanapun, perkara tersebut akan dibincangkan oleh PR untuk menentukan siapa yang layak mewakili pakatan itu sebagai calon, demi strategi politik dan peluang kemenangan. - Malaysia Today

Sabtu, 29 November 2008

MP Bayan Baru komen isu Jom Heboh Penang

[Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohamed Hashim beri pandangan berkenaan Jom Heboh yang diadakan di Pulau Pinang]

MP Kapar akan dedah gambar kes pembunuhan melibatkan anak Samy Vellu di mahkamah

[Video Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam berhubung empat keping gambar yang berkait dengan pembunuhan mesti artis Tamil, K Sujantha yang mungkin melibatkan anak kepada bekas Menteri Kerjaraya Samy Vellu]



Kes Kematian Sujatha: Ahli MPT beri Kenyataan Balas

KUALA LUMPUR 27 Sept- Berikutan daripada kematian artis terkemuka K.Sujatha awal Ogos lau yang dibawa oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti keadilan Rakyat (keADILan), S.Manikavasagam, K.Ugendran memfailkan afifavit sivil saman terhadap ahli MPT tersebut.

Menurut Manikavasagam, kes kematian yang dibawa olehnya berdasarkan maklumat tepat yang diperolehi daripada beberapa sumber yang boleh dipercayai.

Bapa saudara kepada mendiang telah menghubungi Manikavasagam serta menerangkan perkara sebenar berlaku kepada anak saudaranya dan ingin mendapatkan keadilan.

"Berdasarkan kepada surat, dokumen, vcd, gambar dan keratan-keratan akhbar yagn dibekalkan, sebagai seorang yang perihatin kepada keluarga mangsa yang teraniaya, saya mengambil risiko untuk mendedahkan kematian Sujatha yang saya kira dirancang dan melibatkan beberapa individu yang berpengaruh di negara ini," jelas Manikavasagam.

Manikavasagam yang memberitahu para wartawan dalam satu sidang media hari ini bahawa beliau tidak gentar dengan ugutan yang dibuat oleh adik kepada mendiang bahawa kematian mangsa sebenarnya berpunca daripada kesilapan mangsa meminum racun paraquat yang disangkakan ubat batuk.

Sekiranya pihak polis atau pihak yang terbabit enggan mendedahkan perkara yang sebenar berkenaan dengan punca kematian Sujatha sebenar, Manikavasagam tidak teragak-agak untuk mendedahkan vcd yang diterimanya berkaitan dengan rakaman kronologi Sujatha yang jelas menunjunjukkan bahawa terdapat satu rancangan pembunuhan kepada si mati.

"Kenyataan tersebut tidak boleh diterima kerana mangsa merupakan seorang yang berpendidikan tinggi dan sudah tentu pandai membuat perbandingan antara botol ubat batuk dan botol racun," kata Manikavasagam.

Manikavasagam memberitahu, kematian Sujatha dipercayai adalah suatu yang dirancang oleh S.Velppari (anak kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S.Samy Vellu).



KeADILan akan Dedah vcd kerabat Samy Vellu

KUALA LUMPUR 27 Sept- Parti Keadilan Rakyat (keADILan) akan mendedahkan sekurang-kurangnya dua vcd yang melibatkan anak Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S.Samy Vellu; S.Vellpari dan skandal diantara Shaila Nair (isteri kepada Vellpari) bersama anak angkat Samy Vellu.

Pengumuman itu dibuat oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) keADILan, S.Manikavasagam, selepas adik kepada mendiang Sujatha, K.Ugendran memfailkan afidavit sivil saman terhadap ahli MPT tersebut.

Manikavasagam percaya tindakan Ugendran tersebut berpunca daripada paksaan orang-orang tertentu di dalam Maika Holdings. Ugendran juga seorang kakitangan di syarikat yang sama.

Saya percaya vcd tersebut dapat membuka mata orang ramai yang ingin tahu kematian sebenar pelakon terkenal drama Tamil, K.Sujatha awal Ogos lalu.

Menantu dan anak angkat Samy Vellu Berahi

Menurut Manikavasagam, vcd pertama yang diterimanya memaparkan Shaila Nair (isteri kepada Vellpari) yang sedang beraksi berahi dengan anak angkat Samy Vellu yang juga Presiden kepada Kongres India Malaysia (MIC).

Manikavasagam memberitahu bahawa satu salinan vcd tersebut telahpun diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Musa Hassan bagi membantu pihak polis menyiasat punca sebenar kematian Sujatha.

Beliau memberitahu bahawa Sujatha mengetahui hubungan sulit kedua-duanya dan percaya cuba untuk mendapatkan wang ugutan daripada Samy Vellu agar vcd tersebut tidak didedahkan.

Namun, Sujatha kemudiannya membuat salinan dan mengedarkan kepada beberapa pihak yang akhirnya menimbulkan rasa marah kepada beberapa individu.

Selain berlakon, Sujatha yang memiliki wajah yang cantik bekerja sebagai pemebantu peribadi kepada Vellpari di syarikat Maika Holdings.

Kronologi kematian Sujatha

VCD kedua ialah berkaitan dengan beberapa rakaman yang dibuat bermula daripada Sujatha diisytiharkan mati.

VCD tersebut jelas menunjukkan mayat Sujatha yang mempunyai kesan luka di badan, jelas bercanggah dengan afidavit yang dinyatakan oleh Ugendran.

Berikutan daripada kematian misteri Sujatha, polis tidak membuat sebarnag siasatan sehinggalah Manikavasgam membuat satu laporan polis lain, sebulan selepas itu dan mendapat paparan media khususnya media Tamil.

"Selepas tiga bulan, pihak polis masih lagi gagal memberi jawapan kepada punca kematian sebenar Sujatha", terang Manikavasagam.

Daripada sumber yang diperolehi, Manikavasagam berkata Sujatha mempunyai hubungan sulit dengan Vellpari sejak tujuh tahun yang lalu, selain daripada hubungan kerja di Maika Holdings.

Manikavasagam memberitahu, kematian Sujatha dipercayai adalah suatu yang dirancang oleh S.Velppari.

"Berdasarkan kepada surat, dokumen, vcd, gambar dan keratan-keratan akhbar yagn dibekalkan, sebagai seorang yang perihatin kepada keluarga mangsa yang teraniaya, saya mengambil risiko untuk mendedahkan kematian Sujatha yang saya kira dirancang dan melibatkan beberapa individu yang berpengaruh di negara ini," jelas Manikavasagam.

Manikavasagam yang memberitahu para wartawan dalam satu sidang media hari ini bahawa beliau tidak gentar dengan ugutan yang dibuat oleh adik kepada mendiang bahawa kematian mangsa sebenarnya berpunca daripada kesilapan mangsa meminum racun paraquat yang disangkakan ubat batuk.

"Kenyataan tersebut tidak boleh diterima kerana mangsa merupakan seorang yang berpendidikan tinggi dan sudah tentu pandai membuat perbandingan antara botol ubat batuk dan botol racun," kata Manikavasagam. - dari faisalmustafa.blogspot.com

Mungkinkah Ketua Penerangan PKR akan ditukar?

Ketua Penerangan PKR, Tian Chua, beri pandangan berkenaan 'rombokan' jawatan lantikan dalam PKR selepas Kongres.



Masa : 1.00 pm

Tarikh : 29 November 2008

Zaid, Teck Lee serikan Kongres PKR

oleh Syukree Hussain



Shah Alam, 29 November - Kehadiran bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim dan Presin SAPP, Yong Teck Lee membuktikan peralihan kuasa di Persekutuan bakal menjadi kenyataan.

Pada jam 11.00 pagi, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mula menyampaikan ucapan dasar parti.

Antara intipatinya ialah PKR dan Pakatan Rakyat akan memastikan hak orang melayu dan Islam terus dipertahankan.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Presiden PSM Dr Nasir, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Pengerrusi DAP Karpal Singh dan Naib Presiden Pas Husam Musa.







[Berita berkenaan ucapan Datuk Seri Anwar akan dimasukkan kemudian]

Jumaat, 28 November 2008

MP Kuala Terengganu meninggal dunia

Kuala Lumpur, 28 November - Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands dekat sini kira-kira 6.30 petang.

Beliau juga meruapakan Timbalan Menteri Pelajaran yang menang majoriti tipis mengalahkan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu di Parlimen tersebut.

Kongres PKR bermula dengan 'harapan baru'

oleh Muhamad Hussain



Shah Alam, 28 November - Lebih 2,000 pewakilan dari seluruh negara tiba untuk 'berkampung' di sini selama tiga hari bermula hari ini sempena Kongres Nasional PKR kali kelima.

Kongres yang dengan tema 'Harapan Baru' dimulakan dengan kongres bagi Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) di mana ucapan dasar ketua disusuli pembahasan usul.

Majlis perasmian kongres Wanita dan AMK bermula jam 9.30 pagi tadi dan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali di Stadium Malawati, di sini.

Kongres Wanita akan diadakan di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sementara bagi AMK diadakan di Stadium Malawati.

Kongres Wanita pada hari ini dijangka akan membawa usul mencadangkan supaya wanita Wanita turut diberi peluang untuk memegang jawatan naib presiden parti.

Sementara itu, AMK akan membawa dua usul termasuk usul daripada AMK Selangor yang diketuai oleh Khairul Anuar Ahmad Zainudin. - Watan

PR tetap komited ambil alih kerajaan - Syed Husin

Shah Alam, 28 November - Pakatan Rakyat (PR) tetap komited bagi memastikan sasaran mengambil alih kerajaan selepas kegagalan pada 16 September lalu menjadi kenyataan.

Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali berkata, langkah sedemikian bagi memastikan matlamat yang disasarkan benar-benar menjadi kenyataan tanpa menghampakan penyokong setia pakatan pembangkang itu.

"Kita akan kurangkan bercakap mengenainya, tapi akan berusaha untuk mencapainya kerana pengajaran yang kita peroleh daripada yang lepas," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kongres Wanita Nasional dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) di sini, hari ini.

Jelas beliau PR tidak lagi akan terus mencanangkan kepada umum mengenai tarikh-tarikh baru dan sasaran untuk mengambil alih kerajaan.

"Kita akan fokuskan mengenai agenda, bagaimanapun 16 September bukanlah sebagai permulaan dan pengakhiran.

"Ini hanya permulaan kepada segala-galanya, kita sentiasa bersedia untuk perubahan yang mungkin berlaku bila-bila masa sahaja," katanya.

Jelas beliau lagi, kemungkinan peralihan kuasa akan berlaku lebih awal iaitu sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

Beliau berkata, selepas pilihanraya yang lalu, majoriti rakyat dari pelbagai lapisan menyambut dengan ghairah serta penuh harapan apabila timbul ura-ura pertukaran kuasa kerajaan pusat.

"Namun apabila ini tidak berlaku, maka ramai yang kecewa hingga ada yang menuduh kononya pimpinan PR, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berbohong mengenai bilangan ahli Parlimen (Barisan Nasional) yang hendak berpindah (lompat parti). - Mstar

Khamis, 27 November 2008

Kongres PKR: 2,000 pewakilan 'berkampung' di Shah Alam

oleh Muhamad Hussain

Shah Alam, 27 November - Kongres Nasional PKR bakal menyaksikan perwakilan dari 110 Bahagian mewakili seluruh pelusuk negara.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Sallehudin Hashim, dianggarkan lebih 2,000 perwakilan akan berkumpul di Stadium Malawati di sini dari 28 hingga 30 November ini.

"Secara tidak langsung kongres kelima parti ini akan menjadi perhimpunan kongres terbesar pernah dianjurkan," katanya.

Kata Sallehudin lagi, semua perancangan dan persediaan sudah dimulakan sejak 10 hari lalu dan persediaan yang dilakukan adalh untuk memastikan Kongres kali ini lebih tersusun dan juga meriah.

Beliau menambah bahawa kakitangan parti di sekreteriat untuk kerja-kerja biasa sudah mencukupi tetapi apabila ada programk seperti kongres dan sebagainya maka khidmat kakitangan parti di peringkat negeri-negeri juga turut diperlukan.

Jelasnya, terdapat 13 orang setiausaha kerja yang bergaji iaitu wakil pusat di pejabat negeri dan mereka akan ke Kuala Lumpur mulai 24 November lalu untuk membantu kerja-kerja yang berkaitan.

“Tahun ini persediaan lebih ketara berbanding sebelum ini, dan ia dibuat secara lebih meriah.

"Tidak semestinya perhmpunan kali ini terlalu besar tetapi lebih meriah kerana kita telah dipesan oleh Kerajaan Selangor supaya menyewa Stadium Melawati.

"Dulu tidak boleh, bukan sahaja untuk anjurkannya dewan kerajaan, malah dewan bukan kerajaan pun orang tidak berani nak sewakan.

"Jadi kita bakal buat di Satdium Melawati yang boleh memuatkan seramai 12,000 orang,” tambah beliau lagi.

Sallehudin menjangka lebih 10,000 termasuk pemerhati dan pihak media akan menghadir kongres nasional parti untuk kali ini.

Beliau berkata Kerajaan Selangor juga akan menganjurkan satu Karnival Rakyat Selangor di tapak berasingan tetapi berdekatan stadium tertutup berkenaan.

Sehubungan itu, katany,a rakyat dan khususnya warga Selangor akan turut memeriahkan karnival dan juga kongres yang bakal diadakan.

“Di samping itu program kita ni tahun ini kita mahu tekankan dan menerangkan apa yang telah dan akan kita buat memandangkan kita sudah jadi kerajaan negeri.

"Kalau dulu kita tidak habis-habis merungut sebab kita pembangkang tetapi sekarang ini kita mahu tekankan apa yang bakal kita buat sebagai kerajaan,” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, keperluan logistik tempat tinggal dan sebagainya walaubagaimanpun mesti dibiayai oleh peserta sendiri.

Beliau menambah pihak sekretariat jawatankuasa pengelola kongres juga akan cuba mengusahakan untuk menyediakan makanan kepada perwakilan yang hadir tetapi walaubagaimanapun beliau mengakui ia mungkin rumit sikit untuk dilakukan.

Beliau yang dilantik mengantikan Menteri Besar Selangor sebagai Setiausaha Agung, bagaimanapun merasakan bahawa soal keselamatan adalah tidak begitu runcing kecuali ada pihak yang membuat kacau.

“Tapi saya yakin kerajaan Selangor sebagai yang kerajaan kita kuasai ini, banyak memberikan kerjasama dan diyakini polis negeri juga akan memberi kerjasama.
"Jadi masalah keselamatan ini bukannya perkara yang rumit. Saya yakin Insya-Allah,” tambahnya lagi. - Watan

PKR, BN berkerjasama bantu rakyat

oleh Syukree Hussain

Kuantan, 27 November - PKR dan BN di Parlimen Kuantan bersatu untuk berkerjasama dalam isu-isu yang melibatkan rakyat.

Perkara tersebut dipersetujui oleh Ahli parlimennya, Fuziah Salleh dan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dalam pertemuan empat mata Jumaat lalu.

Pertemuan selama lebih kurang 45 minit itu turut disertai oleh Adun Tanjung Lumpur, Datuk Wan Adnan Wan Mamat dan Adun Inderapura, Datuk Shafik Fauzan.

"Fokus utama agenda pertemuan ini adalah utk membincangkan isu dan permasalahan rakyat.

"Tujuan saya berjumpa dengan Menteri Besar adalah untuk membincangkan satu bentuk kerjasama mengenai
masalah yang dihadapi rakyat di kawasan Parlimen Kuantan," ujarnya.

Menurut Fuziah, sebelum ini, selalunya bantuan bencana untuk kawasan Parlimen Kuantan sukar untuk diluluskan dan disekat.

"Perkara seperti inilah yang kita sepakat untuk melicinkan segala urusan penyerahan bantuan terutama kepada mangsa bencana," jelasnya.

Demi kepentingan rakyat, katanya, PKR dan BN sanggup mengenepikan kepentingan politik dan bersama-sama membantu mereka yang memerlukan.

Sementara itu, diakhir pertemuan, Adnan mengakui bahawa Fuziah merupakan wakil rakyat yang benar-benar berkerja untuk rakyat dan rakyat menyukai khidmat yang

diberikan.

Oleh yang demikian, Menteri Besar itu bersedia bekerjasama dalam hal-hal yang melibatkan isu rakyat, malah membuka laluan untuk Fuziah mengadakan

perbincangan secara terus dengan Adun di bawah Parlimen Kuantan untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

Kesemua Dun di bawah Parlimen dimenangi oleh BN dalam pilihan Raya Umum lalu, dan PKR memenangi dua parlimen dan satu Dun di Pahang. - Malaysia Today

Wartawan dihalang interbiu MP

oleh Revolusi Tak Berbogel

Parlimen, 27 November - Seorang wartawan yang tidak ingin namanya disiarkan telah dihalang oleh beberapa pegawai keselamatan Parlimen, semasa beliau sedang menemubual seorang ahli Parlimen dari Selangor.

Kejadian itu berlaku jam 5 petang ini, di lobi parlimen.

Menurut sumber, wartawan itu dihalang membuat liputan di atas alasan tidak memiliki pas media.

Namun, Pengarah Perhubungan Parlimen telah membenarkan beliau membuat kerja-kerja media walaupun tanpa pas media yang dikeluarkan oleh Kementerian Penerangan Malaysia.

Wartawan tersebut merupakan seorang wartawan bebas yang menyediakan berita untuk beberapa surat khabar termasuk surat khabar online.

Wartawan itu telah dipecat daripada seorang surat khabar parti kerana tidak sehaluan dengan ketua pengarang dan pihak pengarang telah menggunakan cara kotor untuk menyingkirkannya.

Antaranya, ketua pengarang yang juga merupakan reformis pada tahun 1998 menuduh beliau 'sakit' dan mengugut untuk membuat laporan polis diatas kesalahan yang direka-reka. - Tidak Bernama

Anak muda taruh harapan kepada PKR untuk perubahan

oleh Syukree Hussain

Kuala Lumpur, 27 November - Kelab Anwar Ibrahim (AIC) meletakan harapan yang tinggi pada PKR bagi mereformasikan Malaysia dan sentiasa berharap perubahan kearah yang lebih baik dapat dilaksanakan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Exco AIC, Syafiq Sunny, sempena kongres Nasional PKR yang akan berlangsung di Shah Alam esok hingga Ahad ini.

"Kami AIC mengucapkan selamat berkongres kepada seluruh perwakilan Parti KeADILan Rakyat," katanya.

Menurutnya, kelab itu juga berharap agar para perwakilan yang hadir dapat membawa aspirasi rakyat untuk diperdengarkan di kongres kali ini dan berharap tidak ada agenda peribadi bagi mereka di kongres ini.

"Rakyat telah menunjukan sokongan yang kuat pada Pilihanraya Mac lalu serta Pilihanraya Kecil Permatang Pauh September lalu kini tibanya masa untuk PKR membuktikan aspirasi dan menunaikan harapan rakyat!" ujarnya dalam kenyataan beliau kepada Seruan Keadilan.

Semua fitnah dan tomahan adalah tidak benar - Saiful Bukhari



oleh Muhamad Hussain

Kuala Lumpur, 27 November - Pemuda yang membuat 'tuduhan fitnah' terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini, menyangkal segalan tomahan dan fitnah yang dihadapi beliau.

Menurutnya, semuanya termasuk apa yang tersebar dalam laman web kononnya beliau kini terlantar sakit, menjadi lumpuh dan mengidap penyakit kelamin serta telah meninggal dunia, adalah rekakan pihak tertentu.

"Saya ingin menegaskan bahawa keadaan kesihatan saya adalah sangat baik, seperti apa yang dapat dilihat hari ini," katanya selepas keluar daripada Pejatan Jabatan Agama Islam Wilayan Persekutuan (Jawi) pada jam 11.45 pagi hari ini.

Saiful yang ditemani oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim dan peguamnya, Zamri Idrus tiba di pengkarangan Jawi pada jam 11.05 pagi.

Keadaan beliau dilihat amat baik dan sihat.

"Saya sentiasa berdoa kehadrat Allah agar kebenaran ditegakkan," tambahnya.

Ditanya bila akan melangsungkan perkahwinan, jawabnya, jika ada jodoh beliau akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat bersama tunang beliau, Janna Mohd Zaki. - Watan

Jom Heboh: Pemuda Pas Penang kecewa dengan KM

Georgetown, 27 November - Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin menganggap Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak menghormati Islam kerana meluluskan penganjuran ‘Konsert Jom Heboh’ baru-baru ini.

Menurut Mohamed Hafiz, tindakan Ketua Menteri itu seolah-olah tidak mengendahkan hukum Islam, pada hal sebelum ini beliau telah memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri akan mengikut sistem pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz.

“Kebenaran Kerajaan Negeri yang meluluskan konsert tersebut nyata bercanggah dengan cara pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz yang bukan hanya menekankan soal kemungkaran malah menghapuskan sebarang aktiviti kemungkaran yang dilakukan oleh rakyat.

“Jika hal ini berterusan, Dewan Pemuda Pas menganggap Ketua Menteri tidak peka mengenai Islam,” katanya.

Beliau berkata, sebagai sebuah kerajaan Pakatan Rakyat (PR) seharusnya Ketua Menteri mendengar dan menerima pandangan serta bantahan daripada parti-parti komponen lain.

“Islam bukan melarang umatnya berhibur tetapi biarlah hiburan yang tidak menggalakkan kepada kemungkaran dan mematuhi ajaran Islam.

“Surat rasmi bantahan penganjuran tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Menteri, dan Majlis Perbandaran Sebarang Perai (MPSP) namun sehingga hari ini (Selasa) tiada sebarang maklum balas daripada beliau.

“Perkara ini amat mengecewakan kita kerana apa yang dijanjikan oleh Ketua Menteri pada awalnya berlainan dengan apa yang dilaksanakan pada hari ini,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini Ketua Menteri belum pernah mengadakan pertemuan atau perbincangan dengan Dewan Pemuda Pas berhubung keadaan semasa dan juga kepentingan rakyat.

“Sebagai Ketua Menteri, beliau sepatutnya mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan parti-parti komponen lain dalam PR,” katanya.

Mohamed Hafiz menganggap Kerajaan Negeri membelakangi pandangan parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat (PR). - Sinar Harian

[Pihak Seruan Keadilan akan menghubungi Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang itu dan Ketua Menteri Pulau Pinang untuk mendapat gambaran lebih lanjut]

Adun Pas nafi 'paksa' MB Kelantan berundur

Kota Bharu, 27 November - Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Zulkifli Mamat menafikan wujudnya desakan daripada kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas supaya Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Nik Mat berundur dari jawatannya.

Malah Adun Pulai Chondong itu berkata, pihaknya mahukan Mursyidul Am Pas itu agar dipanjangkan umur supaya boleh mentadbir Kelantan lebih lama.

"Sepatutnya Tok Guru memerintah lebih lama lagi. Tiada pakatan untuk gesa tok guru berundur sama ada secara sulit atau tidak," katanya kepada pemberita selepas taklimat Homestay anjuran Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang 'tidak sabar' untuk melepaskan jawatan itu jika Adun Kelantan daripada Pas memintanya berbuat demikian Selasa lalu.

Sebelum ini, sebuah akhbar mingguan melaporkan bahawa beberapa wakil rakyat daripada parti itu mahu beliau meletak jawatan ,pada masa gemilang beliau, dan memberi laluan kepada pemimpin muda parti itu bagi menerajui Kelantan.

Malah menurut laporan itu, golongan berkenaan mahu Nik Abdul Aziz yang dianggap sudah berumur dan mengalami masalah kesihatan, menyediakan pelan peralihan kuasa segera kerana kerap berlaku mesyuarat penting membabitkan keputusan segera kerajaan negeri terpaksa ditangguh kerana beliau berada di hospital.

Sementara itu, Adun Bukit Tuku, Abdul Fatah Haron meminta pihak yang membuat dakwaan itu agar tampil ke hadapan agar bersuara mengenai gesaan itu.

"Tidak ada sebab kami mahukan tok guru berhenti. Tok guru memang dikenali sebagai bapa perpaduan. Kami tidak mahu dia berhenti," katanya.

Adun Tawang, Hassan Mohamood pula berkata, isu gesaan itu tidak pernah dibangkitkan di kalangan wakil rakyat Pas kerana mereka akan menyokong Nik Abdul Aziz sehingga akhir hayatnya.

"Kita sokong Tok Guru sampai mati. Semua terus sokong," katanya sambil menyifatkan gesaan itu datang daripada pihak luar dan bukan di kalangan Adun Pas. - Bernama

Jawi panggil Saiful hari ini

Kuala Lumpur, 27 November:

1048 : Kehadiran peguam Saiful, Zamri Idrus. Menurutnya, Saiful dalam perjalanan menuju Jawi.

1040 : Lebih 20 pengamal media berkumpul depan pejabat Jawi menunggu kehadiran Saiful

1020 - Keadaan di Jawi masih lenggang. Saiful masih belum muncul.

[Berita Terdahulu

Saiful Bukhari Azlan, pemuda yang membuat fitnah terhadapa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada jam 11 pagi hari ini.

Menurut sumber, kehadiran Saiful adalah berhubung laporan tuntutan qazaf (tuduhan palsu) yang dibuat oleh Anwar terhadapnya di Mahkamah Syariah pada 9 Julai lalu.

Ketua Pakatan Rakyat itu pada 7 Ogos lalu turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap 'tuduhan fitnah' Saiful di sebuah kondominium di Damansara, di sini pada 26 Jun.

Sehubungan itu, Saiful telah diminta hadir memberi keterangan kepada Jawi berhubung tuntutan qazaf tersebut pada 19 Ogos.

Mengulas lanjut, sumber itu memberitahu lagi, kemunculan Saiful di Jawi esok bertujuan menangkis tohmahan dan laporan palsu yang tersebar sebelum ini kononnya beliau ditimpa bala dan sumpah memakan dirinya.

"Saiful perlu hadir di Jawi esok. Pada masa yang sama, beliau ingin menunjukkan yang cerita beliau ditimpa bala adalah tidak benar," jelas sumber itu.

Pihak Seruan Keadilan akan cuba mendapatkan apa yang ingin diperkataan oleh Saiful hari ini. - mstar

[Berita akan dikemaskini]

Selasa, 25 November 2008

Polis dieksplotasi tangani kemaraan PR - Anwar

Parlimen, 25 November -Ketua Pakatan Rakyat (PR) Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata pihak polis telah dipergunakan terutamanya dalam menangani kes-kes yang berkaitan dengan PR dan parti alternatif lain.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan pihak polis menyuraikan perhimpuan mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuh ISA (GMI) dan Pas, yang diadakan di Ampang Jaya, Ahad lalu.

"Perkembangan terakhir ini (menunjukkan) pihak polis diperalat untuk bertindak terlalu keras terhadap orang-orang yang yang protes (terhadap) ISA.

"Tapi kalau perhimpunan yang ditaja oleh UMNO dan rakan-rakannya, (ia) dibiarkan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen semalam.

Anwar yang juga Penasihat PKR dijadualkan hadir sekitar kira-kira pukul 10 malam semalam bagi melancarkan perhimpunan tersebut.

Bagaimanapun beliu tidak hadir setelah dimaklumkan perhimpunan itu disuraikan oleh polis secara kekerasan kerana diadakan tanpa permit.

"Saya, Ustaz Hadi (Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang) dan Lim Kit Siang dijemput untuk hadir, namun kita dapat laporan lebih kurang pukul 9 malam perhimpunan itu diserbu," jelasnya.

"Ini satu perkembangan yang amat mendukacitakan.

"Kita pandang serius perkara ini, kalau benar salah (perkara ini) boleh diadakan rundingan dengan baik," katanya.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau tidak faham mengapa perhimpunan seumpama itu sentiasa disifatkan boleh mengancam keselamatan negara sedangkan lebih banyak isu lain yang ditimbulkan menjurus kearah tersebut.

"Tindakan menghasut orang dengan mengatakan kita (PR) anti bahasa Melayu itu tidak ancam keselamatan negara?

"Seperti yang dilaporkan akhbar Utusan Melayu kononya bahasa Melayu diganti dengan bahasa Cina, tidakkah itu bohong?" Soalnya.

Menurut beliau isu-isu sedemikian lebih dianggap serius dan sebenarnya mampu mengancam keselamatan negara. - Mstar

Isnin, 24 November 2008

Tahanan perhimpunan mansuh ISA dibebaskan

[Kemaskini - 1400]

oleh Syukree Hussain

Kuala Lumpur, 24 November - Sembilan orang yang ditahan semalam termasuk Naib Presiden Pas Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda Pas Salahuddin Ayub dibebaskan jam 3.30 pagi ini.

Tujuh daripada mereka ditahan sewaktu polis bertindak menyuraikan perhimpunan tersebut.

Manakala Mohamad dan Salahuddin ditahan sewaktu mereka pergi ke balai polis Pandan Indah untuk memberi sokongan kepada mereka yang ditahan itu.

Mereka ditahan berhubung perhimpunan Malam Himpunan Mansuhkan ISA di Ampang Jaya malam tadi.

[Berita terdahulu]

Salah seorang tahanan 9, Ketua Pemuda Pas Wilayah Ustaz Kamaruzzaman Mohamad, mengesahkan bahawa kesemua tahanan kini sedang dalam proses memberi keterangan kepada polis dan belum tahu bila mereka akan dibebaskan.

Ustaz Kamaruzzaman menyatakan demikian ketika dihubungi oleh pihak Seruan Keadilan kira-kira jam 12.50 tadi.

Tahanan 7 merujuk kepada mereka yang ditahan ketika pihak polis menggunakan kekerasan dalam menyuraikan Perhimpunan mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam tadi.

Mereka yang lain turut ditahan ialah Ketua Unit Amal PAS Wilayah Persekutuan, Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Hamdan, Abdullah Rahman, Mohd Amir Ali Mohd Shah, Hafiz Zulkifli dan Azman Abdul Hamid.

Kemudiannya, Naib Presiden Pas Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda Pas Salahuddin Ayub turut ditahan.

Terdahulu, pada 9:30 malam ketika Naib Presiden PAS itu berucap kepada penyokong yang hadir, beliau meminta mereka yang hadir supaya bersurai.

“Tetapi permit tidak dikeluarkan lebih kurang dua hari yang lalu.Maklumlah Malaysia masih lagi negara jakun. Perhimpunan aman masih memerlukan permit.”

Menurutnya, Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan satu lagi perhimpunan di Stadium Selayang namun tarikh tersebut akan diputuskan nanti.

Beliau berkata menjelang bulan Mac tahun hadapan mereka berharap ISA akan dapat dimansuhkan.

Kata-kata beliau itu diikuti dengan laungan mansuhkan ISA, jahanam undang-undang jakun, jahanam undang-undang rimba, laungan tersebut diikuti dengan takbir 'Allahuakbar' daripada mereka yang hadir.

Sebaik sahaja selesai Mohamad berucap, kira-kira 40 anggota polis anti-rusuhan (FRU) mula bertindak menyuraikan orang ramai.

Pada kira-kira jam 10 malam, hujan masih turun dan orang ramai beredar di situ manakala anggota polis anti-rusuhan kelihatan berhimpun di belakang pentas di padang tersebut.

Sebelum itu, anggota polis tersebut membentuk dua garisan dari sebelah tepi belakang padang ke sebelah tepi depan padang.

Ketika itu, kelihatan kira-kira 20 orang berpayung di tepi penjuru belakang padang.

[Berita terbaru akan dikemaskini]

Ahad, 23 November 2008

Niat jahat RTM,TV3 terhadap Kedah dalam isu ladang babi

Kuala Lumpur, 23 November - Media arus perdana yang berpihak kepada Umno/BN sekali lagi cuba menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat(PR).

Jika sebelum ini, media cetak memainkan peranan dengan menjadi agen penyebar dakyah dan permainan licik politik Umno/BN,kini media elektronik pula menjadi senjata apabila RTM dan TV3 cuba memutarbelitkan fakta untuk menjatuhkan nama baik Kerajaan Kedah.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Mohd Helmi Mohd Khalid dalam kenyataannya hari ini mendedahkan bagaimana kerajaan Kedah dijadikan mangsa dengan corak pemberitaan yang memesongkan dan berniat jahat.

Menurutnya, siaran berita RTM di TV1 sekitar jam 1.00 petang pada 19 November dan siaran Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam pada 19 November, mendedahkan tembelang sebenar sikap stesen televisyen tersebut apabila menyiarkan berita yang jauh terpesong dan berniat jahat.

"Siaran berita tv berkenaan melaporkan bahawa Kerajaan Kedah bakal membuka sebuah ladang ternakan babi di negeri itu.

"Saya ingin tegaskan bahawa kedua-dua berita tersebut adalah satu pembohongan dan memutarbelitkan fakta seperti yang tercatat dalam buku Jawapan Bertulis Mesyuarat Keempat Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (Dun) 12 (Mesyuarat Bajet 2009),"jelasnya.

Tambahnya,siaran berita tersebut hanyalah berbentuk jahat untuk menjatuhkan nama baik Kerajaan Kedah dan menghasut rakyat untuk bencikan Kerajaan dan berbentuk provokasi.

"Sebagai makluman pembukaan ladang itu hanya akan berlaku jika terdapat aduan kacau ganggu di ladang-ladang yang sedia ada.

"Selebihnya, keputusan tersebut telah dibuat oleh kerajaan terdahulu melalui satu surat bertarikh 4 Disember tahun lalu bertajuk 'Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) Mengenai Ladangan Masa Depan Industri Ternakan Khinzir di Negeri Kedah Darul Aman',"katanya lagi.

Helmi juga mendedahkan,sekalipun telah dijelaskan dalam sesi penggulungan Sidang Bajet pada 20 November lalu dan sidang akhbar pada hari yang sama oleh Menteri Besar negeri, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, bahawa ini adalah keputusan Kerajaan terdahulu.

"Walau bagaimanapun TV3 khususnya masih menggunakan perkataan 'hasrat Kerajaan PAS Kedah membuka ladang babi'.

"Bagi saya ia jelas satu pembohongan fakta yang amat jelas oleh stesen televisyen swasta negara itu dalam siarannya pada 20 dan 21 November melalui slot Buletin Utama.

"Saya juga ingin menjelaskan bahawa dalam sidang akhbar, Menteri Besar juga telah memberitahu bahawa beliau dan Kerajaan Negeri PR menghormati keputusan Kerajaan terdahulu bertarikh 4 Disember tahun lalu itu.

"Setelah mendapat nasihat daripada pihak Vertarina negeri, pihaknya belum lagi memutuskan tempat atau bila ladang berpusat itu akan dibina,"jelasnya lagi.

Beliau juga menambah, Ustaz Azizan juga menyatakan pembinaan ladang ternakan itu adalah untuk kebaikan semua pihak bagi mengelakkan sebarang kemungkinan masalah seperti pencemaran, bau busuk dan seumpamanya.

Menurut Ustaz Azizan,kata Helmi, bukan hanya ladang babi, jika terdapat ladang ayam, lembu, kambing, kerbau sekalipun telah menimbulkan keresahan rakyat, maka ladang tersebut akan dipindahkan.

Oleh itu katanya, daripada penjelasan itu, amat jelas bahawa Kerajaan Negeri memikirkan satu tempat dan kaedah terbaik untuk mengatasi permasalahan yang mungkin atau telah wujud berpunca dari ladang ternakan tersebut.

"Adalah di luar daripada jangkauan pemikiran saya jika pemberita TV3 Kedah lebih suka melihat ladang babi dibina berdekatan kawasan perumahan jika dibandingkan dengan usaha Kerajaan Negeri untuk memindah dan memusatkan ladang dan sembelihan di satu kawasan yang jauh dari kawasan penempatan penduduk.

"Saya juga menjangkakan, jika ladang baru itu nanti terbina sekalipun jauh dari kawasan penempatan, sekali lagi akan ada pihak memainkan isu bahawa Kerajaan PR membina ladang ternakan babi yang luas.

Tambahnya, jika andaian beliau itu benar-benar berlaku, sahlah bahawa berita berkenaan bukannya membela hak dan kepentingan rakyat tetapi ia lebih membela hak binatang ternakan tersebut kerana telah dipinggirkan dan ditempatkan di kawasan yang terpencil,"tegasnya. - Harakah Daily

MB T'ganu janji tidak akan tarik balik kes royalti - Mustaffa Ali

oleh Syukree Hussain

Marang, 23 November - Pesuruhjaya Pas Terengganu, Dato' Mustaffa Ali mendedahkan bahawa Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said berjanji tidak akan tarik balik kes berhubung wang royalti petroleum.

Janji tersebut dibuat oleh Ahmad ketika kunjungan Mustaffa dan beberapa pimpinan Pas selepas beberapa hari Ahmad dilantik menjadi Menteri Besar.

Semasa tahun 2000, Kerajaan Pas Terengganu ketika itu menfailkan kes wang royalti yang ditarik balik oleh kerajaan persekutuan selepas setahun Pas memerintah.

Pendedahan tersebut dibuat oleh Mustaffa ketika menyampai pidato semasa ceramah perdana di Rusila, Marang semalam.

Turut berceramah ialah Penasihat PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub.

Menurut Mustaffa, beliau menasihati Menteri Besar Terengganu itu kerana bimbang jika kes tersebut digugarkan, rakyat Terengganu tidak lagi memperolehi hasil tersebut.

"Walaupun baru-baru ini, Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Badawi mengumumkan bahawa Kerajaan negeri mendapat hak untuk menguruskan wang royalti, tetapi harus diingat hanya hak pengurusan sahaja, bukan hak sebenar," ujarnya di depan lebih 5,000 ribu yang hadir.

Mustaffa Ali turut mendedahkan bahawa mengikut sumber dalaman Pembendaraan Negeri, wang royalti masih tidak diterima oleh Kerajaan negeri sekarang walaupun sudah hampir setahun memerintah. - Malaysia Today

Penasihat PKR mahu Ansari teruskan tugas

Kota Kinabalu, 23 November - Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim meminita Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Ansari Abdullah supaya meneruskan tugasnya sehingga tamat tempoh penggal minggu depan.

Menurut Anwar, tempoh penggal jawatankuasa perhubungan negeri akan tamat pada Kongres Nasional parti itu, Ahad ini, di mana perbincangan perlu sama ada untuk menubuhkan satu jawatankuasa baru atau mengekalkan yang ada sekarang.

"Dalam keadan ini, kita mendapati tidak ada keperluan untuk mempertimbangkan peletakan jawatan.

"Ia perkara biasa, di semua negeri, kita sentiasa melatih pelapis kedua untuk mengambil alih peranan penyelarasan negeri," katanya kepada pemberita di sini pagi semalam.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berada di Sabah untuk menghadiri Konvensyen PKR negeri selama dua hari mulai Jumaat.

Baru-baru ini media melaporkan bahawa Ansari telah meletakkan jawatan dan khabar angin menyatakan beliau meninggalkan parti itu.

Bagaimanapun Ansari menafikan dengan mengatakan bahawa beliau menyerahkan surat peletakan jawatan kepada kepimpinan pusat tetapi belum menerima jawapannya, dan beliau tidak keluar daripada PKR.

[Seruan Keadilan akan cuba mendapat komen dari Ansari berkenaan perkara ini]

Kongres: Sidang media PKR dan sayapnya bermula hari ini

oleh Syukree Hussain

Kuala Lumpur, 23 November - Sidang media berkenaan dengan persiapan dan agenda Kongres Nasional Tahunan PKR akan diadakan bermula hari ini.

Kongres berkenaan akan diadakan pada 28 hingga 30 November di Stadium Malawati di Shah Alam dan jika lebih 10,000 akan hadir.

Bagi sidang media mengenai Kongres Wanita Nasional PKR, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin akan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di Shah Alam hari ini.

Sidang media Kongres Angkatan Muda Keadilan akan diadakan pada Isnin ini di ibu pejabat parti dekat sini oleh Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Manakala, bagi peringkat nasional, Setiausaha Agung partu Saleluddin Hashim akan menemui pihak media pada selasa depan juga bertempat di ibu pejabat.

Kongres AMK dan Wanita akan diadakan pada 28 November dan dirasmikan oleh Timbalan Presiden parti, Dr Syed Husin Ali.

Pada 29 November akan bermula Kongres Nasional PKR, di mana pada sebelah malam Penasihat parti Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan pidatonya dalam Ceramah Khas sempena kongres tersebut.

Ceramah Anwar: 5 ribu hadir walaupun hujan

[Video - Dato' Seri Anwar di Masjid Rusila]



[Berita akan dimasukkan kemudian]

Sabtu, 22 November 2008

Anwar, Hadi berceramah di Marang malam ini

oleh Syukree Hussain

Marang, 22 November - Penasihat PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Presidan Pas Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang akan menyampai ceramah di Padang Bola Rhu Rendang di sini bermula jam 9 malam.

Turut berceramah ialah Naib Presiden PKR Mustafa Kamil Ayub dan Pesuruhjaya Pas Terengganu Dato' Mustaffa Ali.

Ketua Pakatan Rakyat itu dijangka akan menyampai perkembangan semasa mengenai Pakatan termasuk 'rethreat' dan isu-isu panas yang melanda negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

Dijangka lebih 10,000 hadir ke ceramah perdana itu dan pengunjung dinasihati datang awal untuk mengelakkan kesesakan.

Sebelum itu, Anwar akan menyampaikan ucapan perasmian penutup Program Harapan Baru Malaysia peringkat Terengganu dan merasmikan bangunan baru PKR Terengganu di Kuala Terengganu. - Malaysia Today

(Maklumat terkini, Tuan Guru Haji Abdul Hadi tidak dapat bersama-sama dalam Ceramah Perdana malam ini kerana kesibukan tugas lain)

Ketua PR akan bawa formula M'sia Barat ke M'sia Timur

Kota Kinabalu, 22 November - Ketua Pakatan Rakyat (PR) Dato' Seri Anwar Ibrahim yakin dapat menyatukan semua parti utama dalam barisan alternatif di Sabah dan Sarawak untuk meletakkan seorang calon sahaja setiap kawasan pada pilihan raya umum akan datang terutama Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Menurut beliau, formula seumpama itu, yang diilhamkan oleh PKR, DAP dan Pas di Semenanjung, ternyata membawa kejayaan yang besar kepada PR dalam pilihan raya umum lalu.

"Di Sabah dan Sarawak, memang ada calon (daripada PR) yang bersaing sesama sendiri yang mengakibatkan perpecahan undi untuk PR.

"Inilah yang kita mahu elakkan," katanya selepas merasmikan pusat khidmat masyarakat untuk kawasan Kota Kinabalu di Jalan Damai, Luyang semalam.

Menjawab soalan, Penasihat PKRitu berkata usaha mempelawa Parti Maju Sabah (SAPP), untuk menyertai PR sedang dibuat dan mengesahkan yang beliau sudah menemui presiden SAPP, Dato' Yong Teck Lee hari ini.

"Apa yang penting, kita mahu wujudkan pakatan alternatif yang kuat di Sabah dan Sarawak seperti yang diperlihatkan oleh PR di semenanjung pada pilihan raya Mac lepas," katanya.

Mengenai persediaan menghadapi pilihan raya kecil parlimen Pensiangan, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata sekiranya pilihan raya kecil itu diadakan, PKR akan tetap meletakkan calon untuk bertanding bagi kerusi itu. - Harakahdaily, Bernama

Jumaat, 21 November 2008

Ketua PR lancar kempen mansuh ISA , disusuli Bilik Sulit untuk program pertama siri kempen

Dungun, 21 November - Ketua Pakatan Rakyat (PR), Dato' Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan kempen mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Ahad ini.

Majlis pelancaran tersebut akan diadakan di Dataran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah bermula jam 9 malam.

Kempen tersebut adalah anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Pas bagi mendesak kerajaan memansuhkan akta tersebut serta membebaskan semua tahanan ISA tanpa syarat atau bicara mereka di mahkamah.

Acara kemuncaknya adalah perhimpunan besar-besaran di ibu negara Mac tahun depan.

Menurut Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, selain Penasihat itu, pemimpin parti anggota PR yang lain juga akan berucap di majlis tersebut.

Mereka adalah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Turut dijemput berucap di majlis pelancaran tersebut ialah Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Salahuddin Ayub.

Jelas Syed Ibrahim, beliau juga akan turut berucap di majlis tersebut.

Beliau menjangka kira-kira 5,000 akan menghadiri majlis pelancaran tersebut sebagai tanda sokongan mereka terhadap kempen mansuhkan ISA.

Katanya, selepas majlis pelancarannya Ahad ini, GMI akan mengadakan siri program menjelang Mac depan.

Program pertama siri kempen tersebut berupa persembahan teater bertajuk Bilik Sulit arahan pengenali blog Tukar Tiub, Hishamuddin Rais.

Teater tersebut dipentaskan semula dengan versi yang terbaru dengan pelakon berbakat yang makin meningkat sekarang ini.

Kali terakhir Bilik Sulit dipentaskan ialah pada tahun 2005.

Syed Ibrahim berkata tarikh persembahan tersebut ialah pada 10 Disember depan tetapi tempatnya belum diputuskan lagi. - Malaysiakini

Kickdefella disambung jaminan polis kali kedua

Petaling Jaya - Penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang ditahan mengikut Akta Hasutan, disambung sebulan lagi jaminan polis terhadapnya hingga penghujung tahun ini.

Beliau sebelum ini membuat cadangan di blognya supaya bendera Malaysia dikibarkan secara terbalik ketika menyambut ulang tahun kemerdekaan negara sebagai tanda protes.

Lanjutan jaminan polis itu adalah yang kedua selepas beliau dibebaskan pada 20 September lalu.

Syed Azidi, dimaklumkan mengenai perkara tersebut ketika hadir di Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman kira-kira tengah hari tadi.

"Saya hadir hari ini bagi mendapatkan perkembangan mengenai kes saya.

"Bagaimanapun pegawai penyiasat yang menguruskan kes saya sebelum ini telah ditukarkan.

"Jadi tadi pegawai penyiasat DSP Mahfuz Abdul Majid memaklumkan bahawa jaminan terhadap saya disambung sebulan lagi," katanya.

Beliau perlu hadir untuk melapor diri pada 21 Disember depan.

Bagaimanapun, Syed Azidi yang hadir bersama keluarga yakin bahawa tiada kes terhadapnya berikutan perkembangan semasa.

Pada 17 Oktober lalu, beliau hadir di jabatan yang sama namun dimaklumkan bahawa jaminan polis disambung sehingga hari ini.

Syed Azidi ditahan di rumahnya di Demit, Kota Bharu, Kelantan pada 17 September lalu dan ditahan reman empat hari tiga malam di Bukit Aman. - mstar

Ketua PR fail usul minta bahas isu FDI di Dewan Rakyat

oleh Syukree Hussain

Petaling Jaya, 21 November - Ketua Pakatan Rakyat (PR), Dato' Seri Anwar Ibrahim memfailkan usul bagi menangguhkan persidangan Dewan Rakyat untuk membincangkan mengenai laporan terbaru 'United Nations Conference on Trade and Development World Investment Report 2008' mengenai pengaliran keluar pelaburan langsung asing (FDI).

Usul tersebut telah dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin MUlia pada petang Rabu lalu.

"Dalam laporan terbaru tersebut, didapati Malaysia walaupun meningkat kemasukan FDI kepada RM29 billion untuk tahun 2007 berbanding RM21 billion pada tahun 2006.

"Namun pengaliran keluar FDI secara besar-besaran mencecah RM38 billion pada tahun 2007 menyebabkan negara mengalami aliran bersih FDI yang negatif sebanyak RM9 billion.

"Usul tersebut perlu dibahas segera kerana ianya menyentuh kepentingan umum dan negara ini," kata Penasihat PKR dalam kenyataan yang disiarkan melalui laman blognya.

Ujar Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi, fenomena pengaliran keluar FDI secara besar-besaran ini berlaku sejak 2005.

Justeru, katanya, jika berterusan ia akan mengakibatkan negara terus mengalami penguncupan ekonomi, kemerosotan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pengangguran dan pengurangan peluang pekerjaan.

Anwar menjelaskan bahawa situasi tersebut akan lebih buruk dalam keadaan negara berhadapan dengan krisis kewangan global.

Bagaimanapun jawapan kepada usul tersebut hanya akan diketahui pada Isnin depan masa ada diterima atau sebaliknya. - Malaysia Today

Tabur fitnah,kelirukan rakyat adalah kerja media arus perdana

Dungun, 21 November - Ketua Pakatan Rakyat(PR), Dato' Seri Anwar Ibrahim mengecam konspirasi media arus perdana yang bais kepada Umno/BN kerana bertungkus lumus untuk menjatuhkan kerajaan negeri PR dengan menabur fitnah, adu-domba dan memainkan isu-isu sensitif bagi mengelirukan rakyat.

Selain untuk mencetuskan kemarahan rakyat, tindakan media itu juga bertujuan untuk menjatuhkan reputasi lima kerajaan negeri yang dipimpin PR.

Perkara ini didedahkan pada Majlis Makan Malam dan Bengkel Mini Pakatan Rakyat yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Ampang Selasa lepas.

Penasihat PKR itu menyifatkan media arus perdana bertindak 'kasar' dengan melaporkan isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan perbalahan kaum dan agama seperti yang berlaku ke atas exco Selangor, Teresa Kok dan Ronnie Liu serta pengendali laman web Malaysia today, Raja Petra Kamaruddin.

Sementara itu, Presiden PAS Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang dalam penegasannya, bimbang peranan yang dimainkan oleh media arus perdana boleh mengancam kestabilan dan kemuafakatan kompenan parti dalam PR sekiranya perkara ini tidak dapat dibendung dengan segera.

Kata beliau, peri pentingnya media telah dibuktikan oleh MCA dengan mengambil alih dua buah akhbar utama berbahasa Cina, Nyangyang Siang Pau dan Sin Chew Daily selepas pilihan raya kecil Lunas bagi menyekat sokongan orang-orang Cina terhadap parti alternatif.


Justeru itu, majlis presiden PR mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan laporan-laporan berniat 'jahat' yang disiarkan oleh media cetak dan elektronik yang dikuasai Umno/BN.

Pada majlis itu, hampir semua ahli-ahli parlimen PR hadir bersama beberapa pemimpin tertinggi PAS, KeADILan dan DAP.

Majlis seumpana itu akan diadakan setiap selasa di tempat yang sama setiap minggu. - Harakah

Pilihlah pimpinan yang baik - Ustaz Saiful

Dungun, 21 November - Bekas calon pilihan raya umum 12, Ustaz Saiful Bahri, dalam khutbahnya hari ini menekankan soal memilih pimpinan.

"Jika kita boleh memilih Imam yang terbaik dalam soal sembahyang jemaah, mengapa kita tidak mengamalkan apa yang diajar oleh Islam ini dalam memilih kepimpinan negara," katanya dalam khutbah Jumaat yang disampaikan di Masjid Kampung Pulau Serai di sini.

Jelasnya, memilih pemimpin yang baik itu adalah tanggungjawab setiap umat Islam supaya mampu memilih pemimpin yang mampu memimpin orang yang bertakwa.

Pihak Seruan Keadilan Online akan cuba mendapatkan pandangan Ustaz Saiful yang bertanding di Dun Paka dalam pilihan raya lalu, dalam isu fatwa yang dikeluarkan terhadap pengkid atau 'tomboy'.

Tahanan ISA difadhukan sembahyang Jumaat

oleh Syukree Hussain

Dungun, 21 November - Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini berjumlah lebih 60 orang berhak untuk mengamalkan anutan agama masing-masing termasuk solat Jumaat bagi mereka yang beragama Islam.

Menjawab kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Dr Zahid Hamidi, pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin (RPK) berkata, Zahid sengaja berdolak dalih dalam soal ini.

"Tahanan ISA dah lapan tahun 'bergaduh' dengan kerajaan dalam isu sembahyang Jumaat tapi kerajaan termasuk Mufti Perak masih tidak beri kebenaran sembahyang Jumaat walaupun sesama sendiri dalam kem tahanan," kata RPK yang dihubungi hari ini.

Jelasnya, tahanan ISA ada lebih 60, banduan lain lebih 200 dan Warder lebih 300, maka sudah melebihi dari 40 walaupun ditolak dengan mereka yang bukan Islam.

Semalam, Zahid dalam kenyataannya, membidas RPK yang mempertikaikan prosedur penahanan ISA yang tidak membenarkan tahanan beragama Islam melakukan solat.

Ahli Parlimen Bagan Datoh itu berkata, solat Jumaat sememang tidak diizinkan bagi tahanan ISA dan janganlah sesiapa memberi alasan untuk mempertikaikannya.

Sementara itu, Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid mengeluarkan kenyataan bahawa solat Jumaat tetap wajib ke atas tahanan ISA.

Dalam pada itu, RPK turut mencabar Zahid yang menuduh Malaysia Today menghina Islam, supaya menunjukkan bahagian atau artikel mana yang disiarkan dalam web itu yang dikatakan menghina Islam.

"Sesiapa sahaja boleh membuat tuduhan tanpa sebarang bukti."

"Kalau betul ada dah lama mereka dakwa saya di mahkamah."

"Tidak perlu ditahan di bawah ISA selama hampir dua bulan," ujarnya.

Untuk ingatan, dua bulan dahulu RPK ditahan di bawah ISA ketika umat Islam bersiap sedia untuk menunaikan solat Jumaat.

RPK akan hadir ke Mahkamah Jalan Duta Isnin ini bagi menghadapi pendakwaan di bawah tuduhan 'criminal defamation' bersabit Akuan Bersumpah yang beliau tandatangani pada April 2008. - Malaysia Today

Anwar 'berkampung' sehari di T'ganu esok

Kuala Terengganu, 21 Nov - Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan berkunjung ke Terengganu esok bagi rasmikan majlis penutup Seminar Harapan Baru Malaysia.

Kemudian, Ketua Pakatan Rakyat itu akan merasmikan Pejabat Badan Perhubungan PKR Terengganu di Wisma Cemerlang, Jalan Sultan Zainal Abidin, Ladang.

Menurut Setiausaha PKR Terengganu, Wan Rahim Wan Hamzah,Seminar Seharum itu diadakan secara tertutup khusus bagi para perwakilan parti di seluruh kawasan di negeri ini.

"Kita adakan seminar ini untuk mendapat suntikan semangat baru daripada pimpinan tertinggi parti sebagai persiapan menghadapai Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

"Kita sedar selama ini PKR Terengganu masih kekurangan tenaga dan melalui program ini diharapkan dapat mengumpul kekuatan dan tenaga baru," ujarnya.

Katanya, Anwar akan merasmikan pejabat baru Badan Perhubungan KeADILan Terengganu yang akan menjadi induk pergerakan parti itu.

Beliau yang juga bekas calon PKR Dun Permaisuri pada PRU Mac lalu menyeru agar rakyat di negeri ini berfikiran terbuka serta tidak terlalu fanatik dengan Umno dan kerajaan BN.

Ujarnya, rakyat wajar berfikiran merdeka yang berhak mendengar dan melihat perkembangan semua parti secara sihat.

Wan Rahim berkata rakyat boleh melihat serta mendengar sendiri ucapan dan pandangan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang akan berucap pada majlis Ceramah Perdana tersebut.

Jelasnya lagi, dua pemimpin besar Pakatan Rakyat termasuk Presiden Pas, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Dato' Mustafa Ali turut akan menyampaikan amanat kepada rakyat di negeri ini. - harakah

Semakan kes fitnah Saiful, Mahkamah Tinggi tangguh lebih 2 bulan lagi

Kuala Lumpur, 21 November - Mahkamah Tinggi semalam memutuskan untuk mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada 5 dan 6 Februari depan.

Kes tersebut berhubung permohonan pendakwa raya untuk semakan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang tidak membenarkan kes fitnah Saiful terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Pihak pembelaan diwakili Sulaiman Abdullah memohon supaya Ketua Pakatan Rakyat itu dikecualikan daripada menghadiri sesi berkenaan kerana hanya melibatkan prosedur undang-undang.

Mahkamah uang mula bersidang jam 9.12 pagi membenarkan permohonan tersebut tanpa bantahan pihak pendakwa.

Hakim menetapkan keputusan mendengar semakan tersebut selepas dua bulan lebih dengan alasan kesukaran mencari tarikh yang sesuai kerana jadualnya yang padat sehingga penghujung tahun ini.

Penasihat PKR itu ketika ditemui di luar mahkamah berkata, beliau menerima keputusab tersebut dengan terbuka.

"Saya mahu kes ini diselesaikan dengan cepat, tidak mahu tangguh-tangguh.

"Jadi strategi mereka berjaya sebab suka tangguh-tangguh," katanya ringkas.

Minggu lalu, Hakim Mahkamah Sesyen S. M. Komathy Suppiah memerintahkan kedua-dua pihak mendapatkan arahan dan perintah daripada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berhubung permohonan pendakwa raya bagi semakan serta penangguhan semua prosiding sementara menunggu keputusan Mahkamah Tinggi. - mstar

Rabu, 19 November 2008

Pimpinan sedia jawab isu 16 September semasa kongres - Tian Chua

Parlimen, 19 November - Pimpinan tertinggi PKR akan menjawab segala persoalan yang akan dibangkitkan perwakilan pada Kongres Tahunan parti itu bermula 28 hingga 30 November ini.

Menurut Ketua Penerangan PKR, Tian Chua, antara yang dijangka akan menjadi topik hangat yang bakal disebut perwakilan ialah isu peralihan kerajaan 16 September.

Beliau yang ditemui di Lobi Parlimen hari ini mengakui persoalan itu sudah mula timbul di kalangan perwakilan dan ia dibincangkan mutakhir ini.

"Kita pimpinan akan sedia menjawab persoalan ini, dan kita yakin kongres kali ini akan menjadi wadah untuk kita menerangkan kepada ahli dan perwakilan berhubung hal 16 September," katanya.

Mengulas lanjut beliau menyatakan, secara teknikalnya peralihan memang tidak berlaku pada 16 September tetapi pihak pimpinan akan terus mengusahakan satu pembaharuan kerajaan yang diimpikan.

"Tarikhnya tidak ditetapkan tetapi usaha ke arah itu sedang dibuat oleh pimpinan Pakatan Rakyat(PR).

"Kita yakin ahli dan penyokong masih terus mengharapkan perubahan ini dipimpin oleh pimpinan ketiga-tiga parti PR," katanya.

Sementara itu, Tian Chua turut memaklumkan Kongres KeADILan yang akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam ini bakal menjadi medan kepada perwakilan dan parti untuk bermuhasabah diri.

Tambahnya, kongres pastinya akan membincangkan pencapaian parti pada pilihan raya umum ke-12, kemenangan dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dan isu-isu dalaman parti.

Selain itu, beliau turut menjangkakan isu pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat terutamanya Selangor yang diketuai oleh PKR akan dibincangkan sama.

Isu ekonomi, rasuah dan isu pentadbiran negara antara topik yang akan menghiasi perbahasan perwakilan, ujarnya.

Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu turut menyatakan kongres kali ini akan mendapat sambutan hangat atau luar jangka di kalangan ahli dan penyokong.

Beliau menyatakan, pihak parti akan menjemput pemerhati dan memberi peluang kepada mereka untuk menyatakan pandangan kepada parti. - Harakah

Ketua Hakim diberi 7 hari letak jawatan - Pengerusi DAP

Parlimen, 19 November - Pengerusi DAP Karpal Singh meminta Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Tun Azmi meletakkan jawatan dalam masa tujuh hari ekoran kenyataan Zaki mengenai rasuah di kalangan kakitangan mahkamah semasa beliau menjadi peguam pada 1987.

Menurutnya, Zaki jangan menafikan bahawa beliau telah mengeluarkan perkataan yang dilaporkan dalam the New Straits Times pada 8 November kerana ada rakaman audio mengenai apa yang beliau katakan di Kuching, sehari sebelum itu.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata penjelasan oleh Zaki mengenai kenyataan itu, yang dilaporkan dalam akhbar yang sama pada 9 November, tidak mengandungi kebenaran tersebut.

Zaki dilaporkan berkata bahawa, beliau mengambil enam bulan untuk menjadi baik, rasuah setiap individu untuk diterima baik.

"Beliau dengan itu, bukanlah seorang yang layak dan yang sesuai untuk memegang jawatan tertinggi dalam badan kehakiman," kata Karpal Singh kepada pemberita di lobi Parlimen hari semalam.

Karpal berkata jika Zaki tidak meletak jawatan dalam masa tujuh hari, beliau akan membentangkan satu usul terhadapnya di bawah Artikel 127 Perlembagaan Persekutuan.

Artikel itu menyebut: "Perilaku seseorang hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi janganlah dibincangkan sama ada di Parlimen kecuali mengenai usul substantif di mana notis diberikan tidak kurang daripada suku keseluruhan bilangan anggota Dewan itu, dan tidak dibincangkan di Dewan Undangan mana-mana negeri". - Bernama dan Malaysiakini

Penjelasan Pengarah Strategik PKR tentang 'retreat'



Tarikh : 18 November 2008
Tempat : Kuala Lumpur

Selasa, 18 November 2008

Jamuan Makan Malam Pakatan Rakyat - Langsung dari De Palma

oleh Syukree Hussain

19:30 - Ketibaan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR)

19:35 - Ketibaan Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Seri Wan Azizah Ismail





20:00 - Jamuan Makan Malam bermula



20:10 - Ketibaan Penasihat DAP Lim Kit Siang



20:12 - Ketibaan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim



20:15 - Ketibaan YB Nurul Izzah Anwar dan Azmin Ali

20:23 - Ketibaan Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali

20:25 - Ketibaan Presiden Pas Dato Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang

20:40 - Anwar mulakan ucapan Amanat kepada Ahli Parlimen PR





[Video 1 minit Amanat Anwar]



[Berita akan dikemaskini]

Isu hina Islam: 1 jam RPK disoal siasat polis

[Kemaskini 16:30]

oleh Syukree Hussain

Sentul, 18 November - Pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin (RPK) disoal siasat hampir sejam oleh pihak polis di Balai Polis Sentul di sini.

Beliau yang ditemani isteri, Marina Abdullah dan lebih 20 penyokong tiba di balai tersebut kira-kira jam 2.30 petang.

Lima minit kemudian RPK terlebih dahulu membuat laporan polis terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana tidak membenarkannya menunaikan solat Jumaat semasa berada di Kem Tahanan Kamunting (Kemta).

"Laporan dibuat termasuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Perak yang menyatakan tahanan ISA tidak perlu menunaikan fardhu Jumaat," jelasnya selepas keluar dari balai kira-kira jam 4 petang.

Beliau mula diambil kenyataan oleh polis pada jam 3 petang.

Walau bagaimanapun, RPK yang hadir bersama dua peguamnya, S Majitsidhu dan C Jadadish, tidak memberi sebarang kenyataan kerana sudah hampir 10 hari semasa beliau ditahan dalam ISA, kenyataannya sudah diambil.

Pihak polis menelefon beliau tengahhari tadi melalui ASP Aziz, meminta RPK hadir ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul berhubung kenyataan yang menghina Islam yang dipaparkan dalam laman web Malaysia Today.

Empat pihak iaitu Jakim, Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi), Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) dan Mufti Perak telah membuat laporan terhadap RPK lebih kurang empat bulan lepas berkenaan perkara tersebut.

"Apa yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today yang dikatakan telah menghina Islam adalah dikirim oleh pelawat melalui ruangan komen," jelas RPK yang menafikan beliau menghina Islam.

Beliau tidak mengetahui sama ada beliau akan dipanggil semua atau tidak oleh pihak polis pada masa akan datang.

PR adakan 'retreat' pertama hari ini

Parlimen, 18 November - Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan retreat - yang pertama sejak pilihan raya umum ke-12 pada Mac lalu, di ibu negara hari ini.

Pertemuan informal itu yang disertai ahli-ahli Parlimen PR, antara lain bertujuan membincangkan usaha merapatkan ikatan wakil-wakil rakyat PR.

Menurut sumber, difahamkan pertemuan ini bertujuan menyusun strategi PR untuk menghadapi beberapa isu semasa termasuk isu sasaran 16 September.

Ia merupakan siri pertemuan dua kali. Pertemuan kedua dijadual diadakan minggu depan.

"Pertemuan hari ini adalah 'retreat' yang pertama sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua Pembangkang.

"Mahu adakan 'group binding', bertujuan merapatkan kerjasama di kalangan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat," kata Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution.

Saifuddin yang juga anggota Sekretariat PR berkata, majoriti ahli Parlimen PR akan menghadiri pertemuan hari ini.

"Kira-kira 10 ahli Parlimen tidak dapat hadir hari ini, ada yang kini berada di luar negara seperti di Kuwait, Paris dan sebagainya," jelasnya. - mstar

Reformis ingin berbogel, tindakan tidak bermaruah - Nik Aziz

Kota Bharu, 18 November - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) mengadakan demontrasi sambil berbogel bagi membantah kerajaan Selangor sebagai tidak bermaruah.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, tindakan untuk berbogel sebagai membantah kerajaan Selangor kerana menaik kadar sewa rumah Projek Perumahan Rakyat, bukan satu cara demontrasi yang wajar dilakukan.

"Kisah Nabi Adam dimurkai Allah sehingga telah dibogelkan dan dihantar ke atas bumi dan sampai di bumi beliau terus mencari daun kayu untuk menutup auratnya.

"Jadi kenapa kita yang bermaruah pula nak berbogel?

"Bogel tak boleh dilakukan lebih-lebih lagi di khalayak ramai, tak ada manusia yang boleh terima bogel, dalam bilik air pun kita dianjurkan berdoa untuk mengelak gangguan syaitan.

"Masih banyak lagi cara untuk menyampaikan sebarang bantahan atau tidak puas hati tetapi janganlah sampai untuk berbogel, ini cara seumpama monyet," katanya selepas merasmikan kedai London Fish Tales di sini, semalam.

Baru-baru ini Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar dilaporkan berkata mereka akan mengadakan demontrasi secara berbogel sebagai tanda protes terhadap tindakan kerajaan Selangor untuk menaikkan kadar sewa rumah dari RM124 kepada RM250 sebulan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangorn(Jais), Dato' Muhammed Khusrin Munawi dilaporkan berkata, tindakan akan diambil kepada mereka yang berbogel kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam.

Musyidul Am Pas itu berkata perbuatan berbogel merupakan satu tindakan tidak bermaruah dan akan memalukan rakyat Malaysia.

Tidak ada istilah ketuanan Melayu dalam Islam - Nik Aziz

Kota Baharu, 18 November - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tiada istilah ketuanan Melayu atau kelebihan terhadap satu bangsa ditekankan di dalam Islam.

Sebaliknya, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam merupakan agama yang universal tidak memberi sebarang keutamaan kepada mana-mana bangsa melainkan kelebihan itu akan diberikan kepada individu yang mempunyai ketakwaan yang sepenuhnya kepada Allah.

"Di dalam agama Islam, tidak mengira bangsa, apa yang penting adalah takwa kepada Allah.

"Tidak kiralah bangsa apa, Cina, Melayu, India atau Arab.

"Allah hanya melihat kepada ketakwaan seseorang itu kerana bila kita bertakwa, kita takut kepada Allah dan menjalankan tanggungjawab kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan restoran London Fish Tales, di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim Ahad lalu yang mengingatkan orang Melayu bahawa mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada konsep ketuanan Melayu-

Menurut Dr Rais, ini kerana ia lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau menyifatkan perjuangan sesuatu parti terhadap satu bangsa tanpa mementingkan agama boleh membawa kepada satu kesan yang tidak sihat dan tidak berkekalan.

"Sebab itu saya masuk parti Islam, yang memperjuangkan agama kerana ianya tidak akan kehabisan.

"Matlamat perjuangannya sentiasa ada iaitu demi agama tanpa mengira kepentingan bangsa pun.

"Saya tidak duduk dalam politik yang gunakan Melayu, tetapi saya duduk dalam gerakan Islam," katanya.- Bernama

Isnin, 17 November 2008

Jabatan AG patut beri alasan konkrit bebaskan Razak Baginda - MP Puchong

Parlimen, 17 November - Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo hari ini meminta Jabatan Peguam Negara memberikan alasan yang konkrit berhubung keputusan mereka tidak akan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Abdul Razak Baginda.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia itu, pada 31 Oktober lalu dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Gobind berkata, sepanjang pengetahuannya, ketika Jabatan Peguam Negara mendapat fail kes itu, mereka dikatakan mempunyai cukup bukti untuk mendakwa Razak yang akhirnya menyebabkan Razak ditahan reman sepanjang perbicaraan.

"Apabila tiba masa pembebasan pada masa ini, tiada alasan konkrit yang diberikan, tiada yang berubah.

"Jika tiada yang berubah, kami akan tanya kenapa Jabatan Peguam Negara membuat keputusan yang sebaliknya iaitu rayuan tersebut tidak perlu (dilakukan).

"Ini penting kerana kes ini bukan sahaja mendapat perhatian dalam negara malah daripada masyarakat antarabangsa," katanya semasa sidang media di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Jumaat lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang mengetuai barisan pendakwaan kes pembunuhan Altantuya berkata, pihaknya tidak akan memfailkan rayuan atas alasan Hakim Mohd Zaki Md Yasin yang memutuskan kes berkenaan sudah membuat penemuan fakta ketika membebaskan Razak.

Razak merupakan tertuduh ketiga dalam kes pembunuhan Altantuya dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah Hakim Mohd Zaki mendapati tiada kes prima facie bagi Razak untuk menjawab tuduhan.

Bagaimanapun, dua lagi terduduh iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada Unit Tindakan Khas (UTK) diarah supaya membela diri atas tuduhan yang dihadapi.

Mereka akan memberikan keterangan secara bersumpah untuk membela diri mereka mulai 15 Januari tahun depan apabila kes disebut semula. - mstar

Ketiadaan PM, TPM dalam negara dipertikai

Parlimen, 17 November - Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini mempertikaikan ketiadaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam negara pada dua hari yang sama.

Abdullah dan Najib tidak berada dalam negara untuk dua hari dalam minggu ini kerana menghadiri lawatan rasmi.

Lim berkata, mengikut kedudukan peraturan sejak 30 tahun lalu, Perdana Menteri dan timbalannya tidak boleh meninggalkan negara pada masa yang sama.

Beliau berkata demikian berikutan Abdullah kini berada di Uzbekistan untuk lawatan rasmi empat hari yang turut disertai oleh dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Senator Tan Sri Amirsham Abdul Aziz; Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Shafie Apdal dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Abdullah hanya akan kembali bertugas pada Jumaat ini.

Sementara itu, Najib pula akan ke Lima, Peru untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC ke-16 esok dan seterusnya ke New York dan dilaporkan hanya akan pulang pada awal bulan depan.

Lim berkata, ini bermakna, pada Rabu dan Khamis ini, kedua-dua mereka tidak ada di dalam negara.

Justeru beliau mempersoalkan siapa yang akan menjadi pemangku Perdana Menteri pada dua hari tersebut.

“Tidak boleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini mendahului dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden Umno kerana beliau juga bersama dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar akan ke luar negara bersama (Datuk Seri) Najib esok.

“Bolehkah menteri yang paling senior di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok atau Presiden MCA yang baru dipilih, Datuk Seri Ong Tee Keat?,” katanya kepada media di luar Parlimen, hari ini, di sini.

Lim berkata, ini merupakan satu kritikan terhadap Ahli Parlimen Umno yang tidak menerima kedudukan yang termaktub dalam perlembagaan bahawa jawatan Perdana Menteri terbuka kepada semua warganegara Malaysia tidak mengira bangsa, agama atau wilayah.

Dalam perkembangan yang sama, Lim juga meminta Najib menyerahkan isu ‘ketidakpastian’ peruntukan tambahan RM7 bilion dalam Bajet 2009 kepada Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bagi mendapatkan kelulusan Parlimen sepanjang ketiadaannya. - mstar

Sekolah agama teknik dan vokasional akan ditubuhkan - Kerajaan Selangor

Shah Alam, 17 November - Kerajaan negeri Selangor bercadang untuk menubuhkan sekolah agama teknik dan vokasional di negeri itu tidak lama lagi.

Perkara itu diberitahu oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini, di sini.

Katanya, sekolah agama teknik dan vokasional akan ditubuhkan segera bagi menampung pelajar untuk mendapatkan pendidikan agama secara formal sehingga tingkatan lima.

Abdul Khalid memberitahu bahawa ia berikutan terdapat banyak permohonan untuk memasuki sekolah agama sedangkan tempatnya terhad.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan perjumpaan khas guru-kuru kelas al-Quran dan fardu ain (Kafa) negeri Selangor 2008 di Shah Alam pagi tadi.

Hadir sama ialah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu ketika bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, beliau berkata, kerajaan negeri akan membincangkan cadangan itu dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pihak swasta.

Menurutnya, rangka tindakan cadangan tersebut dijangka dapat disiapkan enam bulan lagi.

Sehubungan itu Abdul Khalid berharap, kerajaan pusat dapat menyediakan pembiayaan memandangkan program itu memberi kebaikan kepada negara secara keseluruhannya. - Malaysiakini

PR pertahan Islam dan hak istimewa Melayu - Anwar

Shah Alam, 17 November - Pakatan Rakyat (PR) menerima kedudukan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perkara itu ditegaskan oleh Ketua PR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menurut beliau, isu berhubung perkara itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana persefahaman mengenainya telah dibuat antara ketiga-tiga parti anggota Pakatan - PKR, DAP dan PAS.

Malah, tegas Anwar lagi, kenyataan bahawa kesemua pihak telah bersetuju mengenai perkara itu, telah dikeluarkan pada 8 September lalu.

Kenyataan tersebut atara lain menegaskan bahawa PR sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan menjaminkan kebebasan mengamalkan agama lain, kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan mempertahan hak bahawa ibunda, kedudukan kedaulatan dan institusi Raja-raja Melayu.

Ia termasuk kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera, serta hak-hak semua kuam yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Menurut kenyataan berkenaan lagi, berdasarkan prinsip-prinsip perlembagaan tersebut, PR menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit.

Oleh itu, tegas Penasihat PRK itu, tidak timbul lagi sebarang salahfaham mengenai isu yang membabitkan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam.

Anwar menegaskan demikian dalam ucapannya di majlis perjumpaan khas dengan guru KAFA di Selangor di Shah Alam hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Exco S'gor bebas dengan jaminan RM 3,000

[Kemaskini]

oleh Syukree Hussain

Petaling Jaya, 17 November - Exco Selangor Ronnie Liu telah dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya dengan jaminan bernilai RM 3,000 oleh seorang penjamin.

Adik beliau, John Liu yang berkerja sebagai Pengurus Insuran telah membayar jaminan tersebut.

Katanya, beliau berharap Ronnie akan menang kes ini.

Pada Rabu lalu, Ronnie telah ditahan oleh pihak polis ketika ingin menghadiri mesyuarat Exco di SUK dan kemudian dibawa ke Balai Polis Puchong.

Beliau ditahan berhubung laporan polis yang mendakwa beliau menghalang tugas pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam satu operasi mencegah maksiat di sebuah hotel di Puchong tahun lalu.

Beliau yang diwakili oleh peguamnya Gobind Singh Deo, akan dibicara semula di mahkamah yang sama pada 10 Februari tahun depan.

"Sekembali kita ke mahkamah, kita akan membuat permohonan untuk membatalkan tuduhan ke atas Ronnie," kata Gobind selepas proses pembayaran jaminan selesai.

Beliau juga turut mempertikai kes tersebut mengambil masa yang sangat lama untuk dibawa ke mahkahmah.

"Kenapa baru sekarang? Tetapi kita tidak takut untuk mengemukakan hujah di mahkamah," ujahnya.

Sementara itu, Raja Petra Kamaruddin yang menemui Ronnie di luar mahkamah, berkata, beliau sanggup mengutip derma RM1 seorang daripada penduduk Pandamaran untuk membayar jaminan terhadap Ronnie.

Tidak Gentar, 200 terus berhimpun bantah ISA

oleh Syukree Husssain

Petaling Jaya, 17 November - Lebih 200 rakyat Malaysia berbilang kaum meneruskan himpunan aman supaya ISA dimansuhkan malam tadi, di sini, walaupun 24 orang telah ditahan minggu lalu.

Menurut pihak penganjur, Ricard Yeoh, beliau telah memohon permit polis pada Jumaat lalu supaya peserta boleh berhimpun secara aman di tempat parkir di Dewan Sivik Petaling Jaya.

Walaupun diluluskan, tetapi 12 syarat dikenakan kepada pihak penganjurkan dan kebanyakannya tidak munasabah.

Antaranya ialah peserta tidak boleh membakar lilin dan memakai pakaian yang menunjukkan sokongan terhadap kempen memansuhkan ISA.

Walau bagaimanapun, syarat-syarat tersebut tidak dipatuhi dan tepat jam 8.30 malam lilin mula dibakar serta lebih separuh daripada peserta perhimpunan memakai pakaian anti ISA.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Charles Santiago, Ahli Parlimen Kelana Jaya Gwo-Burne Loh, bekas tahanan ISA Raja Petra Kamaruddin, bekas tahanan OSA Natalie Tan dan pengamal undang-undang Haris Ibrahim.

Dalam ucapannya, Teresa memberitahu bahawa di Malaysia, kerajaan negeri Selangor merupakan kerajaan negeri pertama yang mengusalkan di Dewan Undangan Negeri supaya ISA dimansuhkan.

"Kita memohon permit untuk perhimpunan hari ini supaya tiada seorang peserta pun akan ditangkap," jelasnya kenapa permit polis dipohon.

Beliau juga memberitahu bahawa isu ISA ini akan dibahaskan di Parlimen ketika masanya untuk perbahasan bajet 2009 bagi Kementerian Dalam Negeri tidak lama lagi.

Perhimpunan tersebut berakhir lebih kurang jam 9.30 malam dengan nyanyi lagu Negaraku dan tiada sebarang insiden berlaku.

Pihak penganjur akan meneruskan perhimpunan sedemikian pada Ahad seterusnya, walaubagaimana pun tempat masih belum dibincangkan.

Ahad, 16 November 2008

Saman atau tidak, akan difikirkan kemudian - Raja Petra

PETALING JAYA, 16 November - Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin belum memikirkan soal sama ada hendak menyaman kerajaan kerana menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama hampir 2 bulan sejak 12 September lalu.

Ketika dihubungi oleh mstar, Raja Petra berkata, beliau belum lagi membuat sebarang keputusan mengenainya kerana masih mempunyai masa, malah sudah ada rayuan di pihak kerajaan.

"Belum lagi, lagi pun kerajaan kata hendak membuat rayuan.

"Kita tunggu dulu, tengok siapa yang menang (dalam rayuan).

"Selepas menang dan kalah nanti, kita akan memutuskan (tindakan saman)," kata beliau yang pernah ditahan ISA semasa peristiwa Black 14.


Malah, menurut beliau, lagi pun tindakan menyaman menuntut ganti rugi boleh dibuat dalam tempoh enam atau tujuh tahun.

"Jadi ada masa lagi," kata beliau.

Adun S'wak, 12 ribu penyokong masuk PKR

SIBU, 16 November - Lebih 12,000 penyokong penyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ngemah, Gabriel Adit, telah memohon untuk menyertai PKR.

Penyerahan borang itu diketuai oleh Gabriel yang sebelum ini Adun bebas.

Borang permohonan mereka diserahkan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu perhimpunan majlis makan malam di Sibu malam tadi.

Turut memohon untuk menyertai salah satu kompenan parti Pakatan Rakyat itu ialah pemimpin kontroversi yang juga bekas ketua publisiti PRS bahagian Balleh, Beginda Minda.

Beliau keluar daripada parti komponen BN itu ekoran desakan terhadap ketua menteri dan timbalan ketua menteri Sarawak supaya mengundur diri.

Gabriel berkata, beliau telah mengemukakan borang permohonan daripada 6,000 penyokongnya malam tadi untuk menyertai PKR.

Manakala 6,000 lagi permohonan baru terdiri daripada bekas ahli-ahli PRS dan yang bukan ahli. - SMS Adil & Malaysiakini

Jumaat, 14 November 2008

Bila kes Anwar, ada sahaja yang tidak kena - Anwar

oleh Syukree Hussain

KUALA LUMPUR, 14 November - Penasihat PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan pihak pendakwaraya yang tidak mahu menyerahkan dokumen berkenaan kes fitnah yang dihadapinya.

"Bila kes melibatkan Anwar, prosedur dan peraturan berubah.

"Nampak lain, ini belum pernah berlaku dalam sejarah," jelasnya ketika keluar dari kamar Mahkamah Seksyen Jalan Duta tengah hari tadi.

Turut hadir menemani beliau ialah isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan dua anaknya, Nurul Iman dan Nurul Hana.

Beliau juga menegaskan jika mereka telah melakukan kesalahan 10 tahun lalu, mengaku salah dan memohon maaf.

"Saya tidak mahu duit seperti apa yang berlaku terhadap enam hakim yang dipecat," tegasnya yang juga merupakan Ketua Pakatan Rakyat (PR).

Sementara itu, peguam beliau Sivarasa Rasiah berkata bahawa kes rayuan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke mahkamah tinggi, akan didengar pada 20 dan 21 November ini di hadapan Hakim Dato' Zabidi.

Namun, katanya, ketua peguam yang mewakili Anwar, Sulaiman Abdullah mempunyai kes lain pada hari yang sama, dan kemungkinan kes itu ditunda.

Pada minggu lepas, Hakim S M Komathy Suppiah telah membuat keputusan bahawa kes fitnah Saiful Bukhari Azlan terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dikekalkan perbicaraannya di Mahkamah Seksyen.

Bekas Editor Suara Keadilan.com memulakan blog sendiri

oleh Syukree Hussain

KUALA LUMPUR, 14 November - Bekas Editor Suara Keadilan yang dipecat tengah hari tadi, memulakan sebuah blog yang dikenali sebagai Seruan Keadilan On9.

Beliau telah dipecat kerana dipercayai telah mencuri mangga atau kunci pedua.

"Jika saya seorang pencuri lebih baik saya mencuri kamera atau pun laptop," jelasnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurutnya, beliau membuka blog tersebut bukan bertujuan menyaingi suarakeadilan.com, tapi memberi sumbangan kepada pakatan rakyat terutama PKR dalam memberi maklumat yang benar kepada pembaca.