Sabtu, 6 Disember 2008

Kempen berbasikal Jerit, 16 ditahan

Johor Bharu, 6 Disember (MalaysiaToday) - Seramai 16 orang telah ditahan di Balai Polis Skudai hari ini di sini selepas polis mengadakan sekatan jalan raya untuk menggagalkan kempen berbasikal yang dianjurkanJaringan Rakyat Tertindas (Jerit) di Skudai.

Kempen yang bertujuan membawa tuntutan rakyat Malaysia kepada pihak kerajaan telah masuk hari keempat selepas dilancarkan pada 3 Disember lalu.

Sementara itu, lebih 36 orang pula tidak dibenarkan keluar dari pejabat Suaram JB dan kesemuanya kad pengenalan mereka dirampas.

Akibatnya, kempem yang bertemakan 'Rakyat Mengayuh Perubahan' itu terpaksa diteruskan di bandar seterusnya iaitu Kulai.

Menurut penganjur, walaupun Negara kita sudah merdeka genap 51 tahun ,tetapi masih kehidupan rakyat tidak selesa dengan perolehinya pendapatan tidak mencukupi, inflasi, penswastaan kemudahan asas adalah kini menghimpit kehidupan mereka.

Justeru itu, katanya, kempen basikal ini diadakan yang julung kali di seluruh Malaysia ini akan membawa 5 tuntutan rakyat Malaysia.

"Tuntutan-tuntutan tersebut ialah Gubal Akta Gaji Minima, Perumahan Selesa Untuk Rakyat, Harga barangan harus di kawal dan mampu dibeli, Pilihanraya tempatan dan Hentikan penswastaan perkhidmatan asas seperti air,hospital dan pendidikan" dipetik daripada laman web Jerit.

Kempen berbasikal ini dijangka akan berakhir di Kuala Lumpur pada 17 Januari ini, di mana peserta akan berbasikal menuju Parlimen.


[Berita akan dikemaskini]