SIBU, 16 November - Lebih 12,000 penyokong penyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ngemah, Gabriel Adit, telah memohon untuk menyertai PKR.
Penyerahan borang itu diketuai oleh Gabriel yang sebelum ini Adun bebas.
Borang permohonan mereka diserahkan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu perhimpunan majlis makan malam di Sibu malam tadi.
Turut memohon untuk menyertai salah satu kompenan parti Pakatan Rakyat itu ialah pemimpin kontroversi yang juga bekas ketua publisiti PRS bahagian Balleh, Beginda Minda.
Beliau keluar daripada parti komponen BN itu ekoran desakan terhadap ketua menteri dan timbalan ketua menteri Sarawak supaya mengundur diri.
Gabriel berkata, beliau telah mengemukakan borang permohonan daripada 6,000 penyokongnya malam tadi untuk menyertai PKR.
Manakala 6,000 lagi permohonan baru terdiri daripada bekas ahli-ahli PRS dan yang bukan ahli. - SMS Adil & Malaysiakini
Guru Wanita, Anak Lelaki Maut Selepas MPV Dinaiki Tiga Sekeluarga Terbabas
Di Kilometer 149, Jalan Kuantan-Seremban Malam Tadi
-
ROMPIN: Seorang guru wanita dan anak lelakinya maut selepas kenderaan
pelbagai guna (MPV) dinaiki tiga sekeluarga terbabas di Kilometer 149,
Jalan Kuant...
19 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan