oleh Syukree Hussain
Kuala Lumpur, 23 November - Sidang media berkenaan dengan persiapan dan agenda Kongres Nasional Tahunan PKR akan diadakan bermula hari ini.
Kongres berkenaan akan diadakan pada 28 hingga 30 November di Stadium Malawati di Shah Alam dan jika lebih 10,000 akan hadir.
Bagi sidang media mengenai Kongres Wanita Nasional PKR, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin akan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di Shah Alam hari ini.
Sidang media Kongres Angkatan Muda Keadilan akan diadakan pada Isnin ini di ibu pejabat parti dekat sini oleh Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Manakala, bagi peringkat nasional, Setiausaha Agung partu Saleluddin Hashim akan menemui pihak media pada selasa depan juga bertempat di ibu pejabat.
Kongres AMK dan Wanita akan diadakan pada 28 November dan dirasmikan oleh Timbalan Presiden parti, Dr Syed Husin Ali.
Pada 29 November akan bermula Kongres Nasional PKR, di mana pada sebelah malam Penasihat parti Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan pidatonya dalam Ceramah Khas sempena kongres tersebut.
Isu Musang King Raub, SAMKA Kumpul 400 Tanda Tangan Yang Akan Diserahkan
Pada PM Dan Sultan Pahang
-
*RAUB: *Save Musang King Alliance (SAMKA) mengumpul sekitar 400 tandatangan
dalam masa kurang tiga jam hari ini untuk petisyen bagi menuntut supaya
opera...
15 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan