oleh Syukree Hussain
Marang, 23 November - Pesuruhjaya Pas Terengganu, Dato' Mustaffa Ali mendedahkan bahawa Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said berjanji tidak akan tarik balik kes berhubung wang royalti petroleum.
Janji tersebut dibuat oleh Ahmad ketika kunjungan Mustaffa dan beberapa pimpinan Pas selepas beberapa hari Ahmad dilantik menjadi Menteri Besar.
Semasa tahun 2000, Kerajaan Pas Terengganu ketika itu menfailkan kes wang royalti yang ditarik balik oleh kerajaan persekutuan selepas setahun Pas memerintah.
Pendedahan tersebut dibuat oleh Mustaffa ketika menyampai pidato semasa ceramah perdana di Rusila, Marang semalam.
Turut berceramah ialah Penasihat PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub.
Menurut Mustaffa, beliau menasihati Menteri Besar Terengganu itu kerana bimbang jika kes tersebut digugarkan, rakyat Terengganu tidak lagi memperolehi hasil tersebut.
"Walaupun baru-baru ini, Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Badawi mengumumkan bahawa Kerajaan negeri mendapat hak untuk menguruskan wang royalti, tetapi harus diingat hanya hak pengurusan sahaja, bukan hak sebenar," ujarnya di depan lebih 5,000 ribu yang hadir.
Mustaffa Ali turut mendedahkan bahawa mengikut sumber dalaman Pembendaraan Negeri, wang royalti masih tidak diterima oleh Kerajaan negeri sekarang walaupun sudah hampir setahun memerintah. - Malaysia Today
Dua Mangsa Yang Rentung Dalam Kemalangan Dengan SUV Di Mentakab Semalam
Disahkan Merupakan Pasangan Suami Isteri
-
*TEMERLOH*: Dua mangsa yang ditemukan rentung dalam sebuah kereta yang
terbakar akibat dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 134,
Jalan Ku...
Sehari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan