oleh Syukree Hussain
Shah Alam, 1 Disember - Kehadiran bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim ke majlis makan malam rasaksa DAP baru-baru ini membawa berita baik untuk Pakatan Rakyat.
Walau bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjelaskan kehadiran itu tidak memberi sebarang pengertian mengenai pendirian politik Zaid setakat ini.
"Saya menghargai kehadiran Zaid bukan sahaja ke Kongres PKR malah ke Jamuan Makan Malam Raksaksa di Pulau Pinang.
"Ini menunjukkan beliau berkongsi wawasan yang sama dengan Pakatan Rakyat untuk wujudkan sebuah negara yang adil kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau tidak menafikan khabar angin yang mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah akan menyertai PKR.
Beliau bagaimanapun turut tidak mengesahkan sejauh mana kebenaran khabar angin yang mula tersebar itu yang kononnya penyertaan Arif ke PKR kerana kecewa dengan penyokong BN di Pulau Pinang.
"Kami dalam Pakatan Rakyat menerima sesiapa sahaja yang ingin masuk menyertai kami yang menyokong prinsip yang kami perjuangkan.
"Saya pun tidak tahu dari mana laporan ini datang," katanya dalam sidang media selepas menghadri Kongres Nasional PKR kelima di sini, hari ini.
Menurut Setiausaha Aguang DAP itu lagi PR sebagai sebuah parti demokratik mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyertai mana-mana komponen PR sama ada DAP, PKR mahupun Pas.
Tambah beliau lagi, sesiapa sahaja yang menyertai PR seharusnya sedar mengenai matlamat yang diperjuangkan berdasarkan prinsip keadilan sejagat.
Ditanya sama ada wujudnya usaha daripada pihaknya untuk membawa Arif yang menjadi calon BN menentang Ketua PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh yang lalu menyertai PR, beliau enggan mengulas lanjut.
Sebuah akhbar harian berbahasa Melayu Sabtu lalu melaporkan, Arif Shah berada dalam keadaan dilema sama ada ingin terus kekal bersama Umno atau menyertai PR.
Arif Shah yang merupakan satu-satunya ADUN yang berjaya mengekalkan kerusi cawangannya untuk penggal kedua di bahagian Permatang Pauh.
Beliau sedang serius mempertimbangkan kedudukan politikynya itu berikutan apa yang disifatkannya sebagai penyalahgunaan kuasa yang teruk dalam kepimpinan Umno Permatang Pauh yang diketuai Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.
Liga Super Musim Depan Pasti Suram Jika Kedah FC Turun Liga Dan Sri Pahang
FC Pula Tarik Diri
-
MASA depan dua kelab Liga Super menjadi tanda tanya dengan mereka
dilaporkan tidak akan bertanding dalam saingan tersebut pada musim depan.
Dua kelab yan...
Sehari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan