oleh Syukree Hussain
Shah Alam, 29 November - Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam pimpinan Umno yang terus memainkan api perkauman seolah-olah mereka jaguh Melayu sebenar.
Ketua Pakatan Rakyat(PR) itu berkata demikian dalam ucapan sempena Kongres Nasional PKR ke lima di sini, hari ini.
Menurut beliau, semua pemimpin pelbagai kaum dalam PKR tidak pernah mempertikai apa yang termaktub dan digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Bagaimanapun sudah ada jaguh-jaguh baru Melayu yang cuba meniup sentimen perkauman dengan mengaitkan DAP sebagai anti Melayu ketika mereka berucap di Parlimen," ujar Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Jelasnya, Melayu, Cina, India dan bumiputera Sabah dan Sarawak tidak perlu apolegetik untuk bermaafan dengan mengatakakan kami (anggota PR) tidak lupa dasar yang termaktub dalam perlembagaan di negara kita.
"Itu dasar kita dan Kita harus jawab serangan mereka," katanya.
Sementara itu, dalam sidang media selepas ucapan dasar, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, menjelaskan bahawa, polisi PR jika menguasai Putrajaya ialah mengembalikan kuasa penentu Majlis Raja-raja bukan kuasa 'kebal' kepada golongan bangsawan tersebut.
"Kita tidak sesekali berkomprami atau toleransi dalam soal jenayah walaupun ia melibatkan golongan diRaja," tambah beliau.
Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali, Ketua Penerangan Tian Chua dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. - Malaysia Today
Polis Bentong Nafi Hantaran Tular Konon Enggan Terima Laporan Pengantar
Barang Ditikam Pada Mata
-
*BENTONG:* Polis Bentong menafikan dakwaan kononnya enggan menerima laporan
dibuat penghantar barang yang didakwa ditikam pada mata.
Ketua Polis Daerah B...
2 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan