oleh Syukree Hussain
Kuala Lumpur, 27 November - Kelab Anwar Ibrahim (AIC) meletakan harapan yang tinggi pada PKR bagi mereformasikan Malaysia dan sentiasa berharap perubahan kearah yang lebih baik dapat dilaksanakan.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Exco AIC, Syafiq Sunny, sempena kongres Nasional PKR yang akan berlangsung di Shah Alam esok hingga Ahad ini.
"Kami AIC mengucapkan selamat berkongres kepada seluruh perwakilan Parti KeADILan Rakyat," katanya.
Menurutnya, kelab itu juga berharap agar para perwakilan yang hadir dapat membawa aspirasi rakyat untuk diperdengarkan di kongres kali ini dan berharap tidak ada agenda peribadi bagi mereka di kongres ini.
"Rakyat telah menunjukan sokongan yang kuat pada Pilihanraya Mac lalu serta Pilihanraya Kecil Permatang Pauh September lalu kini tibanya masa untuk PKR membuktikan aspirasi dan menunaikan harapan rakyat!" ujarnya dalam kenyataan beliau kepada Seruan Keadilan.
Seorang Pelajar IKTBN Temerloh Maut, Dua Cedera Dalam Kemalangan Di LPT
Arah Timur Dekat Kuantan
-
*KUANTAN*: Seorang penuntut Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
Temerloh maut manakala dua rakannya cedera selepas motosikal ditunggang
merek...
18 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan