Kota Kinabalu, 22 November - Ketua Pakatan Rakyat (PR) Dato' Seri Anwar Ibrahim yakin dapat menyatukan semua parti utama dalam barisan alternatif di Sabah dan Sarawak untuk meletakkan seorang calon sahaja setiap kawasan pada pilihan raya umum akan datang terutama Pilihan Raya Negeri Sarawak.
Menurut beliau, formula seumpama itu, yang diilhamkan oleh PKR, DAP dan Pas di Semenanjung, ternyata membawa kejayaan yang besar kepada PR dalam pilihan raya umum lalu.
"Di Sabah dan Sarawak, memang ada calon (daripada PR) yang bersaing sesama sendiri yang mengakibatkan perpecahan undi untuk PR.
"Inilah yang kita mahu elakkan," katanya selepas merasmikan pusat khidmat masyarakat untuk kawasan Kota Kinabalu di Jalan Damai, Luyang semalam.
Menjawab soalan, Penasihat PKRitu berkata usaha mempelawa Parti Maju Sabah (SAPP), untuk menyertai PR sedang dibuat dan mengesahkan yang beliau sudah menemui presiden SAPP, Dato' Yong Teck Lee hari ini.
"Apa yang penting, kita mahu wujudkan pakatan alternatif yang kuat di Sabah dan Sarawak seperti yang diperlihatkan oleh PR di semenanjung pada pilihan raya Mac lepas," katanya.
Mengenai persediaan menghadapi pilihan raya kecil parlimen Pensiangan, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata sekiranya pilihan raya kecil itu diadakan, PKR akan tetap meletakkan calon untuk bertanding bagi kerusi itu. - Harakahdaily, Bernama
Bersalah Terima Rasuah Sebanyak RM2,000 Seorang Penolong Jurutera Majlis
Bandaraya Kuantan (MBK) Di Denda RM16,000
-
*KUANTAN*: Seorang penolong jurutera Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) didenda
RM16,000 di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat selepas disabitkan bersalah
...
20 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan