Petaling Jaya - Penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang ditahan mengikut Akta Hasutan, disambung sebulan lagi jaminan polis terhadapnya hingga penghujung tahun ini.
Beliau sebelum ini membuat cadangan di blognya supaya bendera Malaysia dikibarkan secara terbalik ketika menyambut ulang tahun kemerdekaan negara sebagai tanda protes.
Lanjutan jaminan polis itu adalah yang kedua selepas beliau dibebaskan pada 20 September lalu.
Syed Azidi, dimaklumkan mengenai perkara tersebut ketika hadir di Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman kira-kira tengah hari tadi.
"Saya hadir hari ini bagi mendapatkan perkembangan mengenai kes saya.
"Bagaimanapun pegawai penyiasat yang menguruskan kes saya sebelum ini telah ditukarkan.
"Jadi tadi pegawai penyiasat DSP Mahfuz Abdul Majid memaklumkan bahawa jaminan terhadap saya disambung sebulan lagi," katanya.
Beliau perlu hadir untuk melapor diri pada 21 Disember depan.
Bagaimanapun, Syed Azidi yang hadir bersama keluarga yakin bahawa tiada kes terhadapnya berikutan perkembangan semasa.
Pada 17 Oktober lalu, beliau hadir di jabatan yang sama namun dimaklumkan bahawa jaminan polis disambung sehingga hari ini.
Syed Azidi ditahan di rumahnya di Demit, Kota Bharu, Kelantan pada 17 September lalu dan ditahan reman empat hari tiga malam di Bukit Aman. - mstar
Resort Terbiar Di Sungai Lembing Jadi Pusat 'Scam' Antarabangsa, 98 Ditahan
Babitkan 95 Warga Asing Dan Tiga Warga Tempatan
-
*PUTRAJAYA*: Taktik sindiket penipuan dalam talian antarabangsa menjadikan
sebuah pusat peranginan di Sungai Lembing, dekat Kuantan, yang ditutup
sejak t...
17 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan