Kuala Lumpur, 21 November - Mahkamah Tinggi semalam memutuskan untuk mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada 5 dan 6 Februari depan.
Kes tersebut berhubung permohonan pendakwa raya untuk semakan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang tidak membenarkan kes fitnah Saiful terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Pihak pembelaan diwakili Sulaiman Abdullah memohon supaya Ketua Pakatan Rakyat itu dikecualikan daripada menghadiri sesi berkenaan kerana hanya melibatkan prosedur undang-undang.
Mahkamah uang mula bersidang jam 9.12 pagi membenarkan permohonan tersebut tanpa bantahan pihak pendakwa.
Hakim menetapkan keputusan mendengar semakan tersebut selepas dua bulan lebih dengan alasan kesukaran mencari tarikh yang sesuai kerana jadualnya yang padat sehingga penghujung tahun ini.
Penasihat PKR itu ketika ditemui di luar mahkamah berkata, beliau menerima keputusab tersebut dengan terbuka.
"Saya mahu kes ini diselesaikan dengan cepat, tidak mahu tangguh-tangguh.
"Jadi strategi mereka berjaya sebab suka tangguh-tangguh," katanya ringkas.
Minggu lalu, Hakim Mahkamah Sesyen S. M. Komathy Suppiah memerintahkan kedua-dua pihak mendapatkan arahan dan perintah daripada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berhubung permohonan pendakwa raya bagi semakan serta penangguhan semua prosiding sementara menunggu keputusan Mahkamah Tinggi. - mstar
Musang King: Dakwa Semua Penceroboh Di Mahkamah Dan Mereka Yang Melindungi
Sejak 40 Tahun Lalu
-
*KUANTAN:* Kerajaan Pahang perlu membawa mereka yang terlibat dengan
pencerobohan tanah haram musang king ke muka pengadilan tanpa perlu melayan
apa jua ...
Sehari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan