Kuala Lumpur, 4 Disember - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini menetapkan 20 Jan depan untuk mendengar permohonan pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin (RPK) supaya perbicaraan kes fitnah terhadapnya dikembalikan ke mahkamah rendah.
Pesuruhjaya Kehakiman Zainal Azman Ab. Aziz juga memberi tempoh dua minggu, sehingga 19 Disember ini, kepada RPK untuk memfailkan hujahan bertulis masing-masing ke mahkamah.
Pihak pendakwaan, diwakili Timbalan Pendakwaraya Anselm Charles Fernandis.
Terdahulu, peguambela K.Chandra memohon penangguhan kes itu, yang sepatutnya didengar hari ini, atas alasan ketiadaan seorang lagi peguambela iaitu Manjeet Singh Dhillon kerana menjalani pemeriksaan kesihatan di London.
RPK didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 17 Julai lepas kerana memfitnah isteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Rosmah Mansor, Pemangku Kolonel Abdul Aziz Buyong dan isterinya, Kolonel Norhayati Hassan, dalam akuan berkanun yang dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil di Jalan Duta pada pukul 10.25 pagi pan 18 Jun lalu.
Pada 15 Ogos lalu, Majistret Nazran Mohd Sham membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Amir Nasruddin untuk memindahkan kes Raja Petra ke Mahkamah Sesyen atas alasan kes itu membabitkan kepentingan awam.
Dalam prosiding di Mahkamah Sesyen, peguam bela RPK, Manjeet Singh Dhillon, mengemukakan bantahan awal dan memohon perintah Mahkamah Sesyen supaya mengembalikan kes itu untuk dibicarakan di Mahkamah Majistret dengan alasan bahawa perintah Mahkamah Majistret yang memindahkan kes itu ke Mahkamah Sesyen adalah tidak sah dan melanggar Seksyen 177 Kanun Acara Jenayah.
RPK juga memfailkan notis usul di Mahkamah Tinggi pada 25 November lepas bagi memohon satu perintah untuk mengembalikan kes itu ke Mahkamah Majistret atau merujuknya kepada Mahkamah Persekutuan mengenai isu perlembagaan.
Pada 28 November lalu, Hakim Mahkamah Sesyen Mohamad Sekeri Mamat memutuskan untuk menyerahkan kepada Mahkamah Tinggi sama ada untuk mengembalikan kes fitnah itu ke Mahkamah Majistret untuk dibicarakan. - Bernama
Liga Super Musim Depan Pasti Suram Jika Kedah FC Turun Liga Dan Sri Pahang
FC Pula Tarik Diri
-
MASA depan dua kelab Liga Super menjadi tanda tanya dengan mereka
dilaporkan tidak akan bertanding dalam saingan tersebut pada musim depan.
Dua kelab yan...
Sehari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan