oleh Syukree Hussain
Kuala Lumpur, 4 Disember - Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin meminta pihak media
terutama sebuah akhbar internet popular supaya berhenti menyerang beliau dengan isu tidak cekap mentadbir.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh Malaysia Today berhubung kononnya seramai enam orang pengawainya meletak jawatan serentak minggu ini.
"Berita itu saya sudah nafi berkali-kali, dan akhbar tersebut hari ini sekali lagi mengasak saya dengan isu ini," ujarnya.
Beliau menafikan sekeras-kerasnya yang berlaku perkara tersebut iaitu enam pengawainya termasuk setiausaha sulit dan setiausaha politik meletak jawatan.
Adun Penanti itu turut menasihati pihak media supaya menjaga etika ketika menjalankan tugas seperti membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum melaporkan sesuatu berita.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, P Ramasamy menjelaskan tiada sebarang masalah dalam pertadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang termasuk hubungan kerajaan negeri dengan Mohd Fairus.
Beliau menjelaskan perkara tersebut ketika ditemui di Parlimen semalam. - Malaysia Today
Datuk Nazri Abu Bakar Dilantik Sebagai Setiausaha Kerajaan Pahang Baharu
Berkuat Kuasa Hari Ini
-
*KUANTAN:* Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Nazri Abu Bakar dilantik sebagai
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Surat pe...
9 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan