Khamis, 4 Disember 2008

Zaid Ibrahim tidak masuk parti politik dalam masa terdekat



oleh Syukree Hussain

Tropikana, 4 Disember - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim tidak akan memasuki mana-mana parti politik dalam masa terdekat.

Beliau mengadakan sidang media di sebuah kelab golf terkemuka di sini, hari ini, selepas dipecat daripada Umno lewat malam Selasa lalu.

"Saya hanya akan menumpukan kepada 'myfuturefoundation', dan akan memberi sumbangan kepada negara dalam bentuk yang lain, bukan lagi sebagai ahli politik," katanya yang dilantik sebagai Senator selepas tidak bertanding pada pilihan raya lalu.

Walau bagaimanapun, Zaid menyatakan yang beliau terharu dengan aluan yang dibuat oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Penasihat DAP Lim Kit Siang supaya menyertai PKR, Pas atau DAP.

Ditanya sama ada beliau kecewa atau tidak dengan pemecatan itu, jelasnya, beliau sudah menjagakan.

"Saya hanya menghadiri program pembangkang, dan bagi saya pembangkang bukan musuh," ujarnya.

Zaid, bagaimanapun, tidak menyalahkan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Badawi diatas pemecatan itu dan tidak mahu mengaitkannya dengan percaturan oleh Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Tiada ulasan: