Kota Baharu, 18 November - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tiada istilah ketuanan Melayu atau kelebihan terhadap satu bangsa ditekankan di dalam Islam.
Sebaliknya, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam merupakan agama yang universal tidak memberi sebarang keutamaan kepada mana-mana bangsa melainkan kelebihan itu akan diberikan kepada individu yang mempunyai ketakwaan yang sepenuhnya kepada Allah.
"Di dalam agama Islam, tidak mengira bangsa, apa yang penting adalah takwa kepada Allah.
"Tidak kiralah bangsa apa, Cina, Melayu, India atau Arab.
"Allah hanya melihat kepada ketakwaan seseorang itu kerana bila kita bertakwa, kita takut kepada Allah dan menjalankan tanggungjawab kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan restoran London Fish Tales, di sini semalam.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim Ahad lalu yang mengingatkan orang Melayu bahawa mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada konsep ketuanan Melayu-
Menurut Dr Rais, ini kerana ia lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara.
Nik Abdul Aziz berkata, beliau menyifatkan perjuangan sesuatu parti terhadap satu bangsa tanpa mementingkan agama boleh membawa kepada satu kesan yang tidak sihat dan tidak berkekalan.
"Sebab itu saya masuk parti Islam, yang memperjuangkan agama kerana ianya tidak akan kehabisan.
"Matlamat perjuangannya sentiasa ada iaitu demi agama tanpa mengira kepentingan bangsa pun.
"Saya tidak duduk dalam politik yang gunakan Melayu, tetapi saya duduk dalam gerakan Islam," katanya.- Bernama
Pekebun Haram Durian Musang King Raub Belum Buat Keputusan Mahu Failkan
Rayuan Atau Pun Tidak
-
*KUANTAN:* Keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang menolak permohonan 186
pekebun haram durian Musang King terhadap semakan kehakiman terhadap notis
araha...
8 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan