Isnin, 1 Disember 2008

Forum 'No to ISA' malam ini

oleh Syukree Hussain

Kuala Lumpur, 1 Disember - Forum Rakyat yang bertajuk 'No to ISA' (Tidak kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)) akan diadakan pada 8.00 malam ini di Bar Council di sini.

Antara ahli panel yang terlibat untuk program tersebut pemilik Bau Bau Cafe, Hishamuddin Rais, bekas calon Parlimen Kuala Terengganu, Mohammad Sabu, bekas tahanan ISA, Teresa Kok dan Pengendali Laman Web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin.

Forum tersebut di anjurkan oleh Cakap Rakyat Group dengan kerjasama Gerakan Mansuhkan ISA.

Cakap Rakyat Group adalah sebuah inisiatif aktivis-aktivis non partisan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bijak dan bermaklumat dengan menganjurkan forum.

Menurut jurucakapnya, Amin Iskandar, forum sebegini diadakan untuk mengingatkan rakyat tentang kezaliman ISA yang telah memenjarakan ribuan rakyat semenjak Malaysia merdeka lagi.

"Biarlah muka yang sama hadir asalkan kezaliman ISA tidak dilupakan
Forum ini juga sebagai draming up Demonstrasi Besar-besaran Anti ISA yang akan diadakan pada bulan March 2009," katanya yang dihubungi oleh Malaysia Today baru-baru ini.

Ditanya tentang harapan, kata Amin, forum ini diharapkan dapat menjelaskan kepada rakyat isu sebenar mengenai ISA agar tidak terkeliru dengan propaganda kerajaan untuk menghalalkan ISA.

"Diharap rakyat tidak kira apa fahaman atau ideologi politik dapat hadir beramai-ramai di forum itu nanti

Semnetara itu, beliau berpendapat, jika Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris)tahu British juga pernah menggunakan ISA untuk membungkam pejuang-pejuang kemerdekaan negara, mereka pasti tidak sokong ISA.

"Demostrasi sebegini berlaku kerana mereka mungkin belum begitu faham tentang ISA dan sejarah ISA itu sendiri.

"Jika mereka tahu ISA itu adalah warisan daripada penjajah British, mereka pasti tidak sokong," ujar kolumis Malaysiakini itu.


Beliau berkata demikian apabila mengulas tentang demostrasi Kekalkan ISA di ibu negara baru-baru ini. - Malaysia Today

Tiada ulasan: