oleh Syukree Hussain
Kuala Lumpur, 27 November - Kelab Anwar Ibrahim (AIC) meletakan harapan yang tinggi pada PKR bagi mereformasikan Malaysia dan sentiasa berharap perubahan kearah yang lebih baik dapat dilaksanakan.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Exco AIC, Syafiq Sunny, sempena kongres Nasional PKR yang akan berlangsung di Shah Alam esok hingga Ahad ini.
"Kami AIC mengucapkan selamat berkongres kepada seluruh perwakilan Parti KeADILan Rakyat," katanya.
Menurutnya, kelab itu juga berharap agar para perwakilan yang hadir dapat membawa aspirasi rakyat untuk diperdengarkan di kongres kali ini dan berharap tidak ada agenda peribadi bagi mereka di kongres ini.
"Rakyat telah menunjukan sokongan yang kuat pada Pilihanraya Mac lalu serta Pilihanraya Kecil Permatang Pauh September lalu kini tibanya masa untuk PKR membuktikan aspirasi dan menunaikan harapan rakyat!" ujarnya dalam kenyataan beliau kepada Seruan Keadilan.
Sultan Pahang Seru rakyat Pahang Dan Malaysia Berdoa Mohon Hujan Bagi Bantu
Meredakan Keadaan Jerebu Yang Melanda Ketika Ini
-
*KUANTAN:* Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah
Shah menyeru seluruh rakyat Pahang dan Malaysia amnya agar bersama-sama
berdoa d...
2 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan