oleh Revolusi Tak Berbogel
Parlimen, 27 November - Seorang wartawan yang tidak ingin namanya disiarkan telah dihalang oleh beberapa pegawai keselamatan Parlimen, semasa beliau sedang menemubual seorang ahli Parlimen dari Selangor.
Kejadian itu berlaku jam 5 petang ini, di lobi parlimen.
Menurut sumber, wartawan itu dihalang membuat liputan di atas alasan tidak memiliki pas media.
Namun, Pengarah Perhubungan Parlimen telah membenarkan beliau membuat kerja-kerja media walaupun tanpa pas media yang dikeluarkan oleh Kementerian Penerangan Malaysia.
Wartawan tersebut merupakan seorang wartawan bebas yang menyediakan berita untuk beberapa surat khabar termasuk surat khabar online.
Wartawan itu telah dipecat daripada seorang surat khabar parti kerana tidak sehaluan dengan ketua pengarang dan pihak pengarang telah menggunakan cara kotor untuk menyingkirkannya.
Antaranya, ketua pengarang yang juga merupakan reformis pada tahun 1998 menuduh beliau 'sakit' dan mengugut untuk membuat laporan polis diatas kesalahan yang direka-reka. - Tidak Bernama
Suami Isteri Maut, Kereta Yang Dinaiki Mereka Terbabit Kemalangan Dengan
Sebuah Toyota Hilux Di Kilometer 17, Jalan Lipis-Benta
-
*LIPIS*: Pasangan suami isteri maut sejurus kereta Proton Persona dinaiki
bertembung dengan pacuan empat roda model Toyota Hilux di Kilometer 18,
Jalan ...
3 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan